Sarawak setuju guna AstraZeneca secara sukarela – Khairy


Sarawak setuju guna AstraZeneca secara sukarela – Khairy. Kerajaan Sarawak bersetuju agar vaksin AstraZeneca digunakan secara sukarela bagi penduduk di negeri itu.

Sehubungan itu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengenai kaedah terbaik untuk melaksanakan program itu di Sarawak.

“Sarawak telah bersetuju AstraZeneca digunakan secara sukarela dan kita akan berhubung dengan JKNS bagaimana kaedah yang terbaik untuk melaksanakannya di negeri itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba secara dalam talian pada Isnin.



Selain Sarawak, Khairy turut mengesahkan fasa kedua permohonan AstraZeneca juga akan diperluas ke Johor, Pulau Pinang dan Lembah Klang.

Tambahnya, hanya warga emas yang berusia 60 tahun ke atas diberi keutamaan untuk pendaftaran yang dibuka bermula 23 hingga 26 Mei ini.

“Perluasan ini adalah konsisten dengan pengesanan zon merah yang direkodkan pada kes harian COVID-19. Ini juga salah satu cara mengekang penularan pandemik ini,” katanya.

Sebelum ini Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Dr Sim berkata tidak ada vaksin AstraZeneca COVID-19 di Sarawak.



“Mereka yang ingin mendapat vaksin AstraZeneca COVID-19 secara sukarela boleh harus pergi ke mana-mana pusat vaksinasi di Selangor dan Kuala Lumpur,” katanya.

Tetapi selepas ramai yang mengkritik tindakan itu beliau berkata Sarawak akan menilai semula penggunaan vaksin AstraZeneca dalam Program Imuninasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) peringkat negeri itu.

Menurut Dr Sim Kui Hian, perkara itu akan dibincangkan secara teliti oleh Kumpulan Penasihat COVID-19 Sarawak (SCOVAG).

Ujarnya, keputusan sama ada ia diluluskan atau tidak, akan diumumkan sendiri oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.



Sarawak setuju guna AstraZeneca secara sukarela – Khairy


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Kerajaan Sarawak Tegas Enggan Terima Vaksin AstraZeneca



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker