[VIDEO] Banjir kilat melanda Melaka, 40 mangsa dipindahkan

AYER KEROH: Hujan lebat lebih enam jam menyebabkan 40 mangsa banjir di sini terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas kediaman mereka dinaiki air.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka memaklumkan, kesemua mangsa itu melibatkan tiga buah taman perumahan dan sebuah kampung.

“Panggilan kecemasan awal pihak bomba terima adalah pada jam 9.20 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh dan BBP Padang Temu bersama 28 anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi mendapati ada antara kediaman yang dimasuki air sehingga paras dada yang mana semua mangsa itu dari Taman Melawis, Taman Kerjasama, Taman Bukit Beruang Utama dan Kampung Sungai Putat,” katanya.

 Antara mangsa banjir yang diselamatkan JBPM. - Astro AWANI

Antara mangsa banjir yang diselamatkan JBPM. – Astro AWANI

Beliau berkata, kerja-kerja pemindahan mangsa seramai 40 orang dari semua kawasan itu kini giat dijalankan dan mangsa akan ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah.

Turut digerakkan bagi operasi pemindahan dan menyelamat mangsa banjir adalah tiga buah bot dan satu lori angkut.

Antara kawasan lain yang turut terjejas adalah Taman Rambai Jaya, Taman Rambai Utama, Tanjung Minyak di Melaka tengah, Gangsa di daerah Alor gajah dan Tehel di daerah Jasin.

Beberapa jalan utama di sekitar daerah Melaka Tengah juga telah ditutup bagi mengelakkan laluan kenderaan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker