Pekerja ladang jumpa tengkorak
TELUK INTAN – Seorang pekerja ladang terjumpa tengkorak dengan beberapa cebisan tulang berselerak dipercayai manusia ketika meracun rumput di Ladang Seri Intan, Batu 5 di sini pada Rabu.
Rangka itu ditemui pekerja ladang warga Bangladesh ketika meracun rumput liar kira-kira jam 11.30 pagi sebelum melaporkannya kepada anggota polis bantuan.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, Unit Forensik (D10) bersama Unit Anjing Pengesan (K9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak menjalankan siasatan sebaik menerima laporan tersebut.
“Tengkorak terbabit dijumpai di kawasan pokok kelapa sawit yang berusia setahun setengah.
“Cebisan tulang tangan, pelvis, gigi dan peha pula ditemui bertaburan dengan jarak 10 hingga 20 meter antara satu sama lain dipercayai dimakan haiwan liar seperti biawak atau anjing,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Menurutnya, selain tengkorak sebanyak 22 spesimen tulang sdan sampel tanah telah diambil untuk siasatan lanjut.
“Tiada penemuan lain samada pakaian atau apa-apa senjata untuk mengaitkan dengan unsur-unsur jenayah.
“Tengkorak dan cebisan tulang itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat bagi mengesan identiti mangsa,” katanya.
Ahmad Adnan berkata, penemuan tengkorak ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Ketua Polis Balai Teluk Intan, Inspektor Al-Ikhsan Borhan di talian 05-6299222 bagi membantu siasatan serta mengesan identiti mangsa
[VIDEO] Nak pecat, pecatlah, Saya boleh buat kerja lain! – Tajuddin
Pekerja ladang jumpa tengkorak
Baca Artikel Menarik
- Resepi ayam goreng berempah dan kuah nasi kukus
- Turun lawat, tengok sendiri sekolah pedalaman jalani PdPR, kata Puad
- PKP: Najib ajar kerajaan cara buat perbelanjaan
- Selepas #kerajaangagal keluar pula #kerajaanbodoh
- [VIDEO] Nasi di Kedah sedap, antara alasan rentas negeri guna lorong tikus
Layari Laman Facebook MYKMU NET
You must be logged in to post a comment.