Padah bergurau ‘beg ada bom’, polis bantuan didenda RM2,000



Sebaran :

PETALING JAYA: Padah bergurau memiliki bom di Lapangan Terbang Tawau, Sabah, Khamis lalu, seorang polis bantuan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Tawau hari ini.

Tertuduh, Saddam Buklau, 30, yang bertugas di Selangor mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu ketika prosiding dijalankan.

Hukuman diputuskan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Amir Shah Amir Hassan yang bertindak sebagai majistret, dan mengarahkan tertuduh dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda itu, menurut laporan Harian Metro.



Media sebelum ini melaporkan polis menahan tertuduh selepas bergurau dengan mendakwa beg galas dibawa mengandungi bom apabila ditanya oleh petugas kaunter daftar masuk penerbangan di Lapangan Terbang Tawau.

Saddam dituduh menakutkan secara jenayah dan mendatangkan kegusaran kepada Marylisa Tahir di hadapan kaunter pendaftaran masuk penerbangan, Kaunter 03 Penerbangan Malaysia (MAS) di Lapangan Terbang Tawau pada 8.20 pagi, 20 Mei 2021.

[VIDEO & FOTO] Penumpang Cedera, Tren LRT Dipercayai Brek Mengejut Di LRT Laluan Kelana Jaya

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.



Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Kershanathan Patmanathan manakala, tertuduh diwakili peguam Jhesseny Kang daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Terdahulu, Jhesseny merayu hukuman penjara tidak dikenakan ke atas anak guamnya mengambil kira tertuduh mempunyai anak yang masih kecil selain, pengakuan bersalah dibuat sudah menjimatkan masa dan kos mahkamah.

Saddam membayar denda dikenakan ke atasnya.



Malaysia atasi India bagi kes jangkitan Covid-19 per kapita

Padah bergurau ‘beg ada bom’, polis bantuan didenda RM2,000


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Status Nilai 3: Mufti saran PDRM siasat isu lebih penting

 


Sebaran :


Leave a Reply