[VIDEO & FOTO] Penumpang Cedera, Tren LRT Dipercayai Brek Mengejut Di LRT Laluan Kelana Jaya — MYKMU.NET

[VIDEO & FOTO] Penumpang Cedera, Tren LRT Dipercayai Brek Mengejut Di LRT Laluan Kelana Jaya

Sebaran :

LRT laluan Kelana Jaya terlibat kemalangan berhampiran Stesen Kampung Baru

Sejumlah penumpang mengalami kecederaan apabila sebuah tren Transit Aliran Ringan (LRT) terlibat dalam kemalangan berhampiran stesen Kampung Baru hari ini.

Pengurus Kanan (Komunikasi dan Hal Ehwal Media) Prasarana, Azhar Ghazali, berkata perkhidmatan LRT melibatkan tren bernombor 40 dan 81 itu terlibat dalam satu insiden.

VIDEO DI BAWAH:-

“Pasukan kami sedang menguruskan bantuan dan kerja-kerja menyelamat sekarang. Sila bertenang dan patuhi segala arahan.



“Kami memohon maaf atas segala kebimbangan dan kerisauan. Pihak kami sedang berusaha secepat mungkin untuk memberi bantuan dan mengawal keadaan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Astro AWANI sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian berkenaan.

Bagaimanapun, berdasarkan gambar-gambar dan video yang dikongsi di media sosial, kejadian dipercayai berlaku malam ini.

Terdapat beberapa penumpang dilihat terduduk sambil menutup bahagian tubuh yang cedera dengan ada antara mereka dilihat berdarah.


Ada pihak mendakwa, kemalangan itu berlaku akibat pertembungan tren namun ia belum dapat dipastikan buat masa ini.

Dalam ciapan di Twitter AskRapidKL, dimaklumkan semua penumpang yang cedera sudah dibawa keluar dari tren yang terbabit dan usaha membantu serta menyelamat sedang dijalankan.
Ciapan itu juga menyebut, pengangkutan alternatif akan disediakan selain keselamatan penumpang sentiasa menjadi keutamaan.

Berdasarkan gambar-gambar dan video yang dikongsi di media sosial, terdapat beberapa penumpang dilihat terduduk sambil menutup bahagian tubuh yang cedera dengan ada antara mereka dilihat berdarah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata berdasarkan maklumat awal, kedua-dua tren terbabit tidak bertembung, sebaliknya berhenti secara mengejut.

“Berdasarkan maklumat awal, dua tren berkenaan tidak berlanggar tetapi berhenti secara mengejut.

“Kejadian itu menyebabkan penumpang terjatuh dan mengalami kecederaan,” katanya kepada pemberita sebentar tadi.

BERITA LANJUT MENYUSUL…

Sumber: Prasarana Malaysia Berhad

[VIDEO] Tren barang tergelincir berhampiran Stesen Batu Tiga


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: