[VIDEO] Tren barang tergelincir berhampiran Stesen Batu Tiga

Shah Alam: Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) menyediakan bas perantara atau bas ulang-alik dari Stesen Subang Jaya-Stesen Batu Tiga-Stesen Shah Alam susulan kejadian tren barang tergelincir berhampiran Stesen Batu Tiga, pagi hari ini.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=2tqNnxIzx-U[/embedyt]

Menurut kenyataan di Facebook KTM Berhad, penumpang boleh meneruskan perjalanan ke destinasi pilihan menggunakan bas perantara yang disediakan.

Dalam kenyataannya KTMB mengesahkan berlaku gangguan perkhidmatan tren komuter laluan Pelabuhan Klang ke KL Sentral berikutan tren barang terbabit tergelincir berhampiran Stesen Batu Tiga.

Susulan kejadian itu, KTMB memaklumkan tren komuter dari Stesen KL Sentral akan tamat di Stesen Subang Jaya dan berpatah balik ke Stesen KL Sentral.

“Tren komuter dari Pelabuhan Klang akan tamat di Stesen Shah Alam dan berpatah balik ke Stesen Pelabuhan Klang.

“Penumpang diminta mendapatkan pengangkutan alternatif buat masa ini dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“KTMB memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200 atau melalui saluran media baharu,” katanya.-HM

Kereta api tergelincir, semua penumpang selamat

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker