Tren lrt bertembung dari Klcc ke Dang Wangi [VIDEO]

Tren lrt bertembung dari Klcc ke Dang Wangi [VIDEO]

Tren lrt bertembung – Klcc – Dang Wangi

PETALING JAYA: Sejumlah 213 penumpang mengalami kecederaan, 47 daripadanya serius dalam kemalangan melibatkan dua kereta api Transit Aliran Ringan (LRT) di ibu negara sebentar tadi.

Sejumlah 166 penumpang lagi mengalami kecederaan ringan, kata Ketua Polis Dang Wangi, Mohd Zainal Abdullah.

Nahas itu berlaku antara stesen Kampung Baru dan KLCC. Dua tren LRT itu dipercayai berada di laluan sama, ketika kemalangan berlaku, kata Mohd Zainal.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati salah satu daripada tren tersebut rosak dan sedang dipandu uji.

Prasarana Malaysia mengesahkan nahas itu, susulan dakwaan di media sosial bahawa berlaku kemalangan melibatkan pertembungan dua kereta api.

Butiran penuh kejadian belum dapat disahkan, namun Prasarana mengesahkan kejadian melibatkan kereta api nombor 40 dan 81.

Gambar dan video yang tular di media sosial menunjukkan puluhan penumpang dengan luka berdarah.

Prasarana berkata, pasukan perubatan berada di tempat kejadian untuk merawat mangsa.

“Sila bertenang dan patuhi segala arahan. Pihak kami sedang berusaha secepat mungkin untuk memberi bantuan dan mengawal keadaan.

“Semua penumpang yang cedera telah dipindahkan ke platform. Bantuan kecemasan dan usaha menyelamat sedang dijalankan.

“Keutamaan kami adalah memastikan keselamatan semua penumpang kami,” kata jurucakap Prasarana.

Di petik dari FB RapidKl

Kelana Jaya Line Update: Ladies and gentlemen, we regret to inform that LRT Kelana Jaya line is experiencing an incident, specifically trains number 40 and 81.
All injured passengers have been evacuated to platform. Emergency aid and rescue is ongoing. Our priority is to get all our passengers to safefy. Alternative transport arrangements will be provided.
We are working as quickly as possibly to extend aid and rectify the situation. Please stay calm and follow instructions.

Tren lrt bertembung – Klcc – Dang Wangi

VIDEO


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Iman Troye dihentam netizen – Raikan kes Covid-19.

 


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker