Iman Troye dihentam netizen – Raikan kes Covid-19.

Sebaran :

Iman Troye dihentam netizen - Raikan kes Covid-19.
Iman Troye dihentam netizen – Raikan kes Covid-19. . Penyanyi Iman Troye sekali lagi menerima kecaman hebat netizen gara-gara satu ciapan yang dimuat naik hingga mencetuskan pelbagai reaksi.

Menerusi ciapan dalam Twitter miliknya, Iman atau nama sebenar Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 19, seakan-akan meraikan jumlah peningkatan kes Covid-19 yang merekodkan angka 6,976 semalam.

“Happy 6.9K everyone. Congratulations. (Selamat 6.9 ribu semua. Tahniah.) Harap esok dapat 7,000,” ciapnya.



Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan pelantun lagu Teman itu sebagai mengenetepikan sensitiviti umum memandangkan ramai dalam kalangan pesakit positif virus berkenaan telah meninggal dunia.

Pada masa sama, Iman yang turut menyertakan tanda pagar (hashtag) #kerajaangagal dalam ciapannya itu turut dikritik kerana dia juga pernah melanggar prosedur operasi standard (SOP) sebelum ini.

“SOP pun tak ikut ada hati nak guna hashtag kerajaan. Susahlah jadi artis syok sendiri dan tak sensitif ni,” komen netizen.


Memanaskan suasana, netizen turut menasihati Iman agar bersikap lebih cakna dan peka dengan penderitaan golongan yang kehilangan orang tersayang akibat Covid-19.

Tidak tahan terus menerus dikritik dan dihentam netizen, Iman bertindak memadam ciapan berkenaan beberapa jam selepas dimuat naik. K Online

Iman Troye dihentam netizen – Raikan kes Covid-19.


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Biodata dan Latar Belakang Iman Troye (Imantroye)


Sebaran :

Leave a Reply