Rakyat Tidak Kata PM Bodoh Tapi Gagal

Dalam temubual semalam, PM 8 nyatakan kalau “rakyat kata: ‘Apa bodoh perdana menteri’, tak apa…,”. PM: Salahkan kerajaan atau nak kata bodoh pun tak apalah

Rakyat tidak kata Perdana Menteri bodoh. Mana boleh orang bodoh jadi Perdana Menteri.

Rakyat cuma kata, kerajaan hari ini gagal. Banyak beza tu antara bodoh dengan gagal. Rakyat guna hastage “KerajaanGagal”.

Kalau boleh terima digelar bodoh, kenapa tidak boleh terima bila dikatakan kerajaa gagal.

Kenapa mesti tangkap remaja naikkan kain rentang “KerajaanGagal” di Pt Raja? Mereka bukan merusuh. Mereka cuma bakar suar.

Akui sahajalah kerajaan hari ini memang gagal. Baling sahaja “tuala putih” ke dalam gelanggang.

Puad soal lagi..

Kita Juara Covid ASEAN dan Top 11 dalam dunia semalam

PM 8 KENA JAGA 30 JUTA ORANG?
Ini satu lagi ungkapan menarik daripada PM 8 masa temubual semalam “Saya nak tanya balik, saya boleh jaga ke 30 juta ni?”.
Kenapa tidak boleh jaga 30 Juta orang?
Kamu ada kuasa
Kamu ada kerajaan
Kamu ada Menteri Kabinet
Kamu ada bajet sampai RM 600 Bilion
Kamu ada darurat
Kalau dengan semua di atas, masih tidak mampu jaga rakyat, sahlah kerajaan ini “KerajaanGagal”.
Rakyat bukan suruh jaga sorang sorang.

Kenapa kasino, pusat judi dibenar buka semasa PKP? – PCM

Rakyat Tidak Kata PM Bodoh Tapi Gagal


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Status Nilai 3: Mufti saran PDRM siasat isu lebih penting

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker