Zizi Kirana hijab untuk sementara waktu



Sebaran :


Hijab sementara Zizi Kirana

ZIZI KIRANA, sepotong nama yang suatu ketika dahulu pernah dihentam bertalu-talu dek imej seksi yang diperagakan sebagai ‘pakaian’ kariernya. Namun, semuanya berubah bagal bumi yang dilanda tsunami apabila dia tiba-tiba mengenakan hijab dan berpenampilan sopan. Dihujani doa dan kata-kata positif, situasi tak terduga sebegitu yang dirasai oleh pelantun lagu Eh! itu sejak tiga tahun lalu.

Menelusuri lembaran portfolionya sebagai anak seni, perjalanan awal Zizi tidaklah semuanya indah.



Namakan apa sahaja kecaman dan skeptikal yang pernah singgah ke mukanya, semua itu gara-gara seksi sehingga ada yang tergamak menjadikan dirinya sebagai simbol seks.

Itulah antara susur berduri yang dilalui pemilik nama pentas Zizi Kirana , 36, sejak 12 tahun kelana dalam industri seni.

Namun, sejak tahun lalu, namanya seperti sudah ‘disucikan’ daripada terus terpalit onar kontroversi yang ‘mengotorkan’ kariernya.



Usahanya memadam semua foto-mencolok mata yang pernah menjadi tatapan umum suatu ketika dahulu antara titik permulaan perjalanan hijrahnya ketika ini.


ZIZI KIRANA masih menangguhkan perancangannya untuk berhijab penuh. Buat masa ini, dia harus menyelesaikan dahulu beberapa komitmen karier yang telah dipersetujui sebelum mengambil keputusan besar dalam hidup iaitu berhijab atau kembali kepada fitrah seorang Muslimah sebenar.

Tangguh niat berhijab



Seperti sudah menjadi satu tradisi wajibnya pada bulan mulia, setiap kali tibanya Ramadan, penyanyi berusia 36 tahun itu pasti akan tampil dengan imej bertudung litup.

Ditanya adakah imej berhijab tersebut akan kekal atau sekadar ‘uniform’ sepanjang tempoh 30 hari berpuasa, pemilik nama penuh Nur [email protected] Mad Tahil itu mahu peminat mendoakan hasratnya yang satu terlaksana kelak.

“Itu soalan yang ramai orang tanya. Setiap kali tibanya bulan Ramadan, memang saya akan bertudung sepenuhnya. Ikut perkiraan, sudah masuk tahun ketiga saya berhijab pada bulan puasa. Alhamdulillah masih berpeluang.



“Menjawab pertanyaan ramai adakah imej ini akan berterusan, saya minta semua dapat doakan niat berhijrah itu dipermudahkan dan Tuhan mempercepatkannya,” katanya kepada Pose baru-baru ini.

Akuinya, dia memang memasang niat untuk bertudung dalam masa terdekat meskipun Ramadan telah berakhir tetapi terpaksa ditangguh seketika kerana masih mempunyai komitmen kerja yang perlu diselesaikan.

“Bukan tidak mahu tetapi saya masih terikat dengan beberapa kerja yang belum selesai. Banyak penggambaran dan beberapa projek masih tertangguh.



“Biar saya noktahkan dahulu semua tugas tersebut. Insya-Allah hijrah saya untuk bertudung akan direalisasikan,” kata pemilik suara serak basah itu bersungguh-sungguh.

Enggan menyusahkan pihak lain semata-mata untuk memenuhi hajat sendiri, itu yang dimaksudkan oleh anak kelahiran Semporna, Sabah itu.

“Saya jenis yang kalau nak buat apa-apa, tak mahu susahkan orang lain. Tidak mahulah sebab niat saya, hubungan baik dengan orang lain terjejas, saya nak elakkan sikap pentingkan diri.



“Kerja ialah satu tanggungjawab dan amanah amanah dan kalau tak diselesaikan pun tidak bagus. Insya-Allah akan mudahkan niat saya,” tuturnya.

Kongsi wanita genit itu, perubahan positif mula dirasainya sejak pertengahan tahun lalu apabila semakin banyak perkara positif diterimanya.

“Bila sudah banyak perkara yang baik berlaku, hati mula tergerak untuk berubah. Seperti ada sinar baharu yang muncul.




PERUBAHAN imej yang dijalaninya bukan sahaja memberikan ketenangan luaran buat Zizi, bahkan platform media sosialnya diserikan dengan doa dan seolah-olah menjadi medan berkongsi pahala buat semua pengikutnya.

Sinar baharu

“Sampai satu tahap, saya pernah terfikir Tuhan telah beri saya macam-macam perkara baik tetapi apa yang saya sudah balas?,” katanya yang kini dihujani dengan tawaran program mengaji.

Katanya, dorongan keluarga juga antara faktor yang membawa kepada imejnya sekarang.

“Mereka juga ingatkan saya supaya jangan berubah secara mendadak dan biarlah perlahan-lahan.

“Pesan mereka, perkara yang mendadak selalunya tidak akan kekal lama. Konklusinya, biarlah saya bersedia sepenuhnya kemudian barulah hijrah tersebut akan menjadi lebih seronok untuk dilalui,” ujarnya.

Teruja berkongsi situasi platform media sosialnya, Zizi yang pernah membintangi filem Hantu Bonceng itu memberitahu semuanya sudah beralih ke arah lebih positif.

“Perubahan ini bukan sahaja beri impak kerohanian untuk saya tetapi suasana sekeliling. Dahulu saya selalu dapat komen teruk tetapi sekarang semuanya murni sahaja. Tenang hati bila baca.

“Media sosial saya tidak lagi menjadi lubuk netizen mengata dan mengumpat. Sekarang semuanya ke arah menabur pahala,” ujarnya.

Selain komen murni, Zizi juga mendedahkan dia juga dihujani dengan tawaran program mengaji sepanjang Ramadan lalu.

“Hampir setiap hari ada sahaja jemputan untuk mengaji sebelum berbuka puasa.

“Saya terima jika sekadar jemputan mengaji. Sekiranya ada permintaan untuk saya bertaranum memang ditolak.

“Saya bukan hafizah atau pemenang tilawah al-Quran seperti yang disangka ramai, bacaan saya juga tidaklah sehebat mana pun. Ini salah faham yang sering berlaku dalam kalangan netizen!” ujarnya sambil ketawa.


ZIZI mengakui tiada kenangan keluar merayau kutip kutip raya sebagaimana yang dilalui kebanyakan kanak-kanak.

Erti Syawal

Bercerita tentang hari raya, Zizi mendefinisikan kehadiran Syawal pada tahun ini sebagai tanda kesyukuran.

“Kita patut lebih bersyukur. Perlu eratkan lagi hubungan dengan keluarga dan sahabat terdekat.

“Jika hilang kedua-dua kekuatan itu, mental kita boleh koyak dan semangat raya juga boleh lenyap begitu sahaja.

“Teruskan bersyukur dan lebih menghargai setiap individu yang berada di sekeliling kita pada waktu susah dan senang,” katanya penuh pengertian.

Pemenang trofi persembahan terbaik Anugerah Juara Lagu ke-35 itu juga reda walaupun tidak pulang beraya bersama keluarga di Sabah.

“Siapa yang tidak sedih dan rindu dengan keluarga tetapi dengan keadaan sekarang, biarlah berpisah sementara.Mungkin ada hikmah disebalik semua ini,” katanya.

Katanya, beraya di Sabah dan Kuala Lumpur juga tidak mempunyai banyak perbezaan kerana dia bukan seorang individu yang gemar beraya sakan seperti orang lain.

“Jujurnya saya tidak suka keluar beraya. Sebelum ini, setiap kali hari raya, saya lebih memilih untuk duduk di rumah sahaja.

“Sejak kecil saya memang tak suka beraya. Saya juga tiada pengalaman beraya dengan anak-anak jiran atau merayau keluar kutip duit raya. Mudah kata, saya malas nak beraya,” ujarnya seraya menutup perbualan. K Online

Sabar, saya akan buang gambar seksi satu persatu – Zizi Kirana


Sebaran :


Leave a Reply