Ancam saksi kes pembunuhan Nhaveen, tiga ditahan Polis

GEORGE TOWN: Tiga lelaki ditahan polis dan direman kerana didakwa membuat ancam bunuh terhadap saksi pendakwaan utama dalam perbicaraan pembunuhan T Nhaveen.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Soffian Santong berkata, saksi utama, T Previin, 22, mendakwa dia diganggu lelaki-lelaki berkenaan sebelum perbicaraan bermula awal bulan ini.

Previin, yang turut dipukul bersama Nhaveen pada 2017, adalah salah seorang saksi dalam kejadian yang mengakibatkan sahabat karibnya meninggal dunia kerana kecederaan otak.



Soffian berkata, ketiga-tiga lelaki berusia antara 23 dan 26 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.

Mereka ditangkap pada Sabtu dan dibebaskan dengan jaminan polis pada Isnin.

Sistem Visa Asing, Hishammuddin Tolak, Zahid Terima – Saksi



“Kami ingin menawarkan Previin untuk ditempatkan bawah perlindungan saksi, jika dia merasa nyawanya dalam bahaya.

“Namun, dia mesti mematuhi peraturan ketat Akta Perlindungan Saksi 2009,” kata Soffian kepada FMT.

Beliau berkata, kertas siasatan yang siap akan dihantar ke pejabat pendakwa raya.

Dalam laporan polis bertarikh 22 Mei, Previin mendakwa bahawa ketiga-tiga lelaki itu mengancamnya dua kali, sekali di luar rumahnya di Bukit Gelugor, dan sekali lagi di sebuah kedai tom yam di Bandar Baru Air Itam.



Previin mendakwa ketiga-tiga lelaki itu mengancam akan membunuhnya selepas individu yang dituduh membunuh Nhaveen dibebaskan dari penjara.

Ketiga-tiga lelaki itu mengaku berkawan dengan mereka yang didakwa.

Previin turut mendakwa kejadian berlaku pada Februari dan Mac tahun lalu tetapi dia tidak membuat laporan polis kerana seorang inspektor di balai polis Jelutong menghalangnya daripada berbuat demikian.

Dakwaan Jurulatih Kebangsaan ‘Memegang Payudara dan Melancap’ Akan Disiasat



Empat pemuda dituduh membunuh Nhaveen, berhampiran Karpal Singh Learning Centre, Jalan Kaki Bukit, Gelugor antara 11 malam dan detik tengah malam pada 9 Jun 2017.

Sejak itu, mereka ditahan di Penjara Juvenil Sungai Petani.

Mereka didakwa di mahkamah pada 19 Jun 2017, dengan tiga hari perbicaraan diadakan dari 3 Mei lalu.



Isu gangguan terhadap Previin juga ditimbulkan di Mahkamah Tinggi ketika itu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Radzi Abdul Hamid mengarahkan dengan tegas agar keluarga tertuduh tidak menghubungi mana-mana saksi, sebuah tindakan yang melanggar undang-undang.

Perbicaraan kes Nhaveen akan bersambung lima hari lagi, iaitu pada 29 dan 30 Jun, 6 Julai, serta 5 dan 6 Ogos.

 



 

Berenang dengan ‘buaya’ – atlet imbau gangguan seksual jurulatih

3 ditahan polis kerana ancam saksi kes pembunuhan Nhaveen


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Kemalangan LRT: Pengerusi Prasarana Dikecam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker