Lelaki mati tergantung di luar pusat khidmat

 

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditemui tergantung di luar Pusat Khidmat Masyarakat Jaksa Pendamai (JP) Daerah Hulu Selangor di Batang Kali semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Arsad Kamaruddin berkata, mayat lelaki berusia 41 tahun itu ditemui mati oleh orang ramai tergantung di siling depan pintu masuk pusat khidmat itu pada 7.30 pagi.



Katanya, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut kerana tiada unsur jenayah ditemui.

Sistem Visa Asing, Hishammuddin Tolak, Zahid Terima – Saksi

“Pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Ulu Yam Bharu turut hadir mengesahkan kematian dan mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk siasatan lanjut,” katanya dipetik Berita Harian dalam kenyataan semalam.



Beliau berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu mempunyai rekod lampau dua kes jenayah dan dua kes dadah.

Katanya, bedah siasat akan dilakukan selepas keputusan ujian saringan Covid-19 diperolehi dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan.

Berenang dengan ‘buaya’ – atlet imbau gangguan seksual jurulatih



Lelaki mati tergantung di luar pusat khidmat


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Dakwaan Jurulatih Kebangsaan ‘Memegang Payudara dan Melancap’ Akan Disiasat



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker