‘Shooting’ dalam studio rasmi sahaja

Mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) aktiviti penggambaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) hanya membenarkan kerja ‘shooting’ dilakukan dalam studio rasmi yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Dalam kenyataan, FINAS mengumumkan bagi menyokong usaha kerajaan memutuskan rantaian penularan COVID-19, SOP aktiviti penggambaran diperketatkan mulai, Selasa ini.

“FINAS mengambil maklum situasi semasa gelombang peningkatan kes jangkitan COVID-19 dalam negara yang amat membimbangkan terutamanya penularan varian baharu yang memberi risiko kepada semua pihak.



“FINAS juga menerima laporan mengenai beberapa artis dan kru produksi yang dijangkiti COVID-19 termasuk kewujudan kes jangkitan baharu membabitkan penggiat industri kreatif tempatan,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, aktiviti rakaman bagi penggambaran filem, drama, dokumentari, animasi, produksi muzik dan seumpamanya dibenarkan bagi rakaman dalaman di studio rasmi yang berdaftar dengan PBT dan SSM.

Kerja penggambaran dibenar dilakukan antara jam 8 pagi hingga 8 malam.



FINAS menyebut, antara contoh studio rasmi yang dibenarkan adalah studio milik FINAS, Studio Iskandar Malaysia, Studio Jelas Juta dan sebagainya.

“Aktiviti penggambaran dikendalikan kru minimum tanpa penonton serta perlu membuat permohonan Sijil Perakuan Penggambaran Filem Khas

(SPP Khas) dan tertakluk kepada pematuhan SOP Industri Kreatif yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“FINAS juga mengingatkan semua pihak untuk mematuhi SOP ditetapkan MKN dan semua garis panduan meliputi protokol pencegahan penyakit dan sekatan, saringan kesihatan, pembersihan serta nyah kuman premis.



“Ini termasuk penjarakan fizikal, tatacara keselamatan pekerja dan tindak balas kecemasan,” katanya.

Kenyataan itu menyebut, FINAS akan memaklumkan perincian SOP Industri Kreatif yang baharu, lusa dan perkembangan masa ke semasa melalui hebahan media serta laman sesawang FINAS di www.finas.gov.my termasuk media sosial rasmi Facebook, Instagram dan Twitter @FINASMalaysia.

Hairul Azreen Akui Buat Sendiri.. Poster Filem Arahan Pertama Dikritik Netizen Tidak ‘Berkualiti’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker