Rambutan atasi Muhyiddin di undian twitter

Rambutan atasi Muhyiddin di undian twitter

Rambutan atasi Muhyiddin di undian twitter

Selepas 30,813 mengundi, rambutan kekal 96%, Muhyiddin 4%

Selepas lebih 30,000 pengguna Twitter mengundi, rambutan terbukti lebih popular berbanding Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila mendapat 96 peratus undi berbanding perdana menteri Malaysia itu walaupun dikatakan paling popular oleh satu badan kajian.



Seorang pengguna Twitter, Sofealey menamatkan undian yang dibuatnya selepas 30,813 pengguna Twitter menyertai undian yang bermula semalam.

Undian itu dibuat Sofealey selepas media melaporkan O2 Research Malaysia dalam kajian mereka mendapati Muhyiddin adalah pemimpin politik paling popular manakala Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi paling tidak popular.

Media kelmarin melaporkan, Muhyiddin Yassin kekal sebagai tokoh paling popular dalam kalangan pemimpin parti politik tanah air, demikian menurut satu tinjauan.



Dalam ‘Sentimen Umum Pengundi Malaysia Mengenai Isu Politik dan Kepimpinan’ yang dikeluarkan semalam, O2 Malaysia berkata Muhyiddin memperoleh tahap kepuasan sebanyak 51 peratus daripada sejumlah 1,582 responden berumur 18 tahun dan ke atas yang ditinjau dari seluruh negara secara dalam talian.

Menurut tinjauan yang berlangsung daripada 26 Mac hingga 9 April lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berada di tempat kedua selepas meraih tahap kepuasan sebanyak 34 peratus diikuti Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (30 peratus) dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan 26 peratus.

Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masing-masing memperoleh 22 dan 11 peratus daripada tinjauan berdasarkan kaedah persampelan rawak berstrata yang mewakili kumpulan umur, jantina, kaum serta kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). MD

Rambutan atasi Muhyiddin di undian twitter


Baca Artikel Menarik



Layari Laman Facebook MYKMU NET


Tinjauan talian : Muhyiddin paling popular



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker