Pesawat tentera udara terhempas

Pesawat tentera udara terhempas

 

Pesawat tentera udara terhempas

NEW DELHI – Seorang juruterbang Tentera Udara India (IAF) terbunuh selepas pesawat tempur MiG-21 dipandunya terhempas di wilayah Punjab, utara India lapor Agensi Berita Xinhua memetik media tempatan pada Jumaat.

Nahas itu berlaku lewat Khamis ketika pesawat sedang menjalani latihan rutin.

“Kemalangan malam tadi melibatkan pesawat MiG-21 Bison dari sektor barat IAF. IAF mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa,” kata IAF.

Menurut laporan media, kejadian itu adalah nahas udara ketiga yang berlaku tahun ini membabitkan pesawat MiG-21. – Bernama

Palsu: Tiada perutusan khas COVID-19 daripada Perdana Menteri – MKN


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Kes tinggi, petugas barisan hadapan letih

Dr.Vida jamin Seladang tak jadi ‘pink’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker