Daripada bertekak pasal laksa, lagi baik ‘bergaduh’ hal vaksin

Daripada bertekak pasal laksa, lagi baik ‘bergaduh’ hal vaksin

Daripada bertekak pasal laksa, lagi baik ‘bergaduh’ hal vaksin

DARIPADA bertekak pasal laksa negeri mana pakai ikan mahal, lebih baik ‘bergaduh’ bab vaksin COVID-19. Ada juga faedah.

Tak kisahlah pasal vaksin derma palsu atau betul, program vaksinasi perlahan atau tidak, jenama mana nak ambil mahu pun bergaduh dengan golongan yang tak mahu divaksin.

Begitu juga kalau bergaduh mengenai kesan sampingan mahu pun siapa patut divaksin dahulu.

Setidak-tidaknya semua ambil berat pasal vaksin – penyelesaian utama dalam mengekang COVID-19.

Cemburu pula bila tengak Joe Biden dan Kamala Harris berjalan sama-sama tak pakai pelitup muka minggu lalu.

Apatah lagi tengok sudah ada ramai penonton dalam stadium menyaksikan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) kelmarin.

Bila lah pula giliran untuk kita di Malaysia menikmati angin kebebasan – merujuk ucapan Biden di White House 13 Mei lalu.

Ikutkan Khairy Jamaluddin, tengoklah angka pemberian vaksin pada bulan depan, jangan tengok bulan ini.

Menteri penyelaras program vaksin itu mempertahankan kerajaan daripada ‘serangan’ termasuk oleh bekas bos lamanya.

Vaksin Pfizer BioNTech bakal masuk

Dilaporkan dua juta vaksin Pfizer BioNTech bakal masuk setiap minggu pada Julai, ini sangat bagus.

Justeru, tak apalah YB mahu pun Datuk Seri Najib Tun Razak atau sesiapa pun, sistem demokrasi begitulah prosesnya kerana kalau sunyi itu diktator.

Pegawai perubatan memberikan suntikan Vaksin AstraZaneca kepada orang ramai yang terpilih pada Program Imunisasi Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Gemilang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi baru-baru ini. GAMBAR: Abd Razak Aid
Baca artikel berkaitan: Vaksinasi Oxford-AstraZeneca dan khidmat terbaik U.n.i KLINIK

Mana tak betul jawablah, mana pandangan yang boleh menambah baik ambillah. Yang sekadar menangguk di air keruh tu, abaikan. Kalau tahap fitnah, kita lapor polis.

Umumnya, tiada pandangan yang salah dalam mendepani perkara yang tak pernah dilalui seperti dalam kita berperang dengan COVID-19.

Yang utama ketika ini, ramai setuju vaksin dan mahu divaksin dengan cepat. Itu sangat bagus untuk kita capai imuniti berkelompok.

Gunalah segala sumber, baik Persekutuan atau pun kerajaan negeri (untuk negeri yang ada bajet). Malah jika syarikat pun hendak beli, apa salahnya.

Tapi buat sementara waktu, hadaplah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana itu saja cara nak kekang kenaikan kes baharu. Utv

Daripada bertekak pasal laksa, lagi baik ‘bergaduh’ hal vaksin


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Usah bertikam lidah isu ‘laksa’ – Exco Johor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker