Usah bertikam lidah isu ‘laksa’ – Exco Johor

Usah bertikam lidah isu 'laksa' - Exco Johor

Usah bertikam lidah isu ‘laksa’ – Exco Johor

Johor Bahru: Netizen yang terguris akibat pandangan berkaitan cara penyediaan ‘laksa’ yang tular di Facebook dinasihatkan supaya tidak terus bertikam lidah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Johor Zaiton Ismail berkata, ia dapat dielakkan sekiranya individu tertentu pada awalnya memberi pandangan secara baik dan tidak membuat perbandingan kurang sihat berkaitan cara penyediaan makanan tradisional itu.



“Secara tradisi, penyediaan laksa memang berbeza di beberapa negeri dan misalnya di Johor, ikan tenggiri menjadi bahan utama dan saya yakin begitu juga dengan negeri lain, makanan itu disediakan mengikut citarasa dan memiliki keistimewaannya.

“Misalnya selain ikan tenggiri, saya pernah mencampur beberapa jenis ikan untuk direbus bagi menyediakan laksa untuk seisi keluarga dan hasilnya enak.

“Apa yang penting penyediaan makanan itu secara sihat dan bersih.

Usah bertikam

“Tidak salah wanita itu memberi pandangan tetapi ia seharusnya dikongsi secara baik dan tidak membuat perbandingan hingga mengguris dan menjejaskan sensitiviti netizen lain,” katanya.



Zaiton berkata, pihaknya juga menasihati netizen untuk memberi tumpuan kepada aktiviti harian yang bermanfaat menerusi portal dan laman web.

“Terdapat pelbagai aktiviti bermanfaat di laman web seperti senaman dan ceramah secara dalam talian oleh agensi kerajaan seperti Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dari semasa ke semasa.

“Segala maklumat di hujung jari, sudah tentu sebagai komuniti kita mampu merancang aktiviti harian terbaik bersama keluarga dan menjaga keselamatan bagi mengelakkan penularan kes covid-19,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, seorang penjual laksa Johor, Ariff Zakariah, 53, berkata secara tradisinya, masyarakat Johor menggunakan ikan parang atau tenggiri bagi menghasilkan kuah laksa Johor kerana ia lebih berlemak dan manis.



“Bagaimanapun, kini harga ikan melambung tinggi dan kita boleh guna ikan kembung atau lain mengikut kemampuan masing-masing.

“Saya menggunakan tenggiri kerana ia mudah diasingkan isi dan tulang dan apa yang penting, kuahnya pekat dan cukup rempah-ratusnya,” katanya ketika dihubungi.

Sesetengah penggemar laksa seluruh negara bertikam lidah berkaitan cara penyediaan makanan tradisional itu selepas perkongsian pendapat seorang wanita berkaitan bahan penyediaan makanan tradisional itu di laman sosial, kelmarin. HM

Usah bertikam lidah isu ‘laksa’ – Exco Johor


Baca Artikel Menarik



Layari Laman Facebook MYKMU NET


 

Laksa Air Itam henti operasi kerana gangguan pemungut hutang, Covid-19



Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker