Port lepas gian, transit ketum

Ketua Polis Daerah Arau, Nanda Maarof, berkata semua lelaki warga tempatan berumur lingkungan 30-an itu membawa masuk bekalan daun ketum dari Naka, Kedah, menerusi jalan tikus sebelum ia diseludup ke negara jiran. (Gambar Bernama)

ARAU: Lapan penganggur dipercayai penagih dadah ditahan di sebuah rumah di Kampung Guar Sanji dalam serbuan 7 pagi tadi.

Seorang daripada suspek yang ditahan menggunakan rumah ibu saudaranya yang menetap di ibu negara sebagai “port” untuk melepaskan gian dadah dan membungkus daun ketum sejak dua bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Arau, Nanda Maarof, berkata semua lelaki warga tempatan berumur lingkungan 30-an itu membawa masuk bekalan daun ketum dari Naka, Kedah, menerusi jalan tikus sebelum ia diseludup ke negara jiran.

Mufti Perak dan isteri positif Covid-19

“Bertindak atas maklumat orang ramai polis bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perlis melakukan serbuan di Kampung Guar Sanji kira-kira 7 pagi tadi.

“Hasil serbuan, polis merampas daun ketum seberat satu tan dengan nilai rampasan dianggarkan RM50,000 dan dadah jenis syabu seberat kira-kira 3g yang diguna untuk kegunaan suspek sendiri,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, seramai lima lelaki ditahan semasa serbuan dilakukan, manakala tiga lagi suspek ditahan ketika berkunjung ke rumah berkenaan.

Nanda berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

‘Jajaran Baru’ Bersama BN, Kami Tak Kebulor – Penyokong PH


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NET


GAGAL : Tiada sebab darurat disambung selepas 1 Ogos

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker