Masya Masyitah mohon maaf

Masya Masyitah mohon maaf

Kuala Lumpur: Penyanyi Masya Masyitah menjelaskan dia mendapat ‘lampu hijau’ daripada pihak berkuasa untuk pulang ke Kulim, Kedah atas tiket ibu bapa sebagai pasangan jarak jauh.

Masya berkata, selepas mendapat perlepasan rentas negeri yang dimohon ibunya secara tidak langsung dia juga berpeluang menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarganya di Kulim selepas mereka terpisah dengan bapa serta adik beradik berikutan tidak boleh merentas negeri pada sambutan raya tahun lalu.

Tiada istilah orang kayangan

“Tiada istilah orang kayangan atau mempunyai keistimewaan tertentu sehingga saya dan ibu dapat pulang menyambut hari raya tahun ini. Sudah lebih setahun kami tidak berjumpa ayah dan adik-beradik lain.

“Ketika pergi ke balai polis untuk mendapat surat perlepasan kami dilayan sama rata dan perlu beratur panjang. Ketika tiba giliran, mak memberikan segala dokumen untuk membolehkannya balik Kulim.

“Malah mak ada bertanya kepada pegawai polis terbabit sama ada saya boleh ikut balik sekali atau tidak dan jawapan yang diberikan adalah boleh. Malah ayah juga ada beritahu yang had satu kereta adalah tiga orang,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu Masya atau nama sebenarnya Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff serta ibunya berpeluang menyambut Aidilfitri bersama bapa, abang dan adiknya apabila diberi pelepasan selama empat hari pulang ke kampung halaman sejak 10 Mei lalu.

Menurut Masya, dia memohon maaf kepada warganet sekiranya perkongsian sebelum ini menguris hati mereka.

Masya bagaimanapun meluahkan rasa terkilan apabila menerima kecaman teruk sehingga ibu bapanya turut dicaci di Instagram miliknya.

“Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terasa. Saya sedar kenyataan sebelum ini  yang mengatakan saya dan ibu dapat balik kampung telah mengguris hati rakyat Malaysia yang tidak dapat pulang berjumpa ahli keluarga.

Maysya menambah “Saya akui menerima kecaman yang teruk di media sosial sehingga mak saya terpalit sekali. Sampaikan ada yang mengatakan mak saya tergamak tinggalkan ayah di kampung demi nak ikut anak kejar glamor. ”

“Saya ingin jelaskan mak memang tak izinkan saya berada di Kuala Lumpur seorang diri. Kami memang tak pernah berpisah sampaikan ayah sendiri beri izin untuk mak jaga saya di Kuala Lumpur,” katanya.


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Masya Masyitah kunci mulut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker