Masya Masyitah kunci mulut

Masya Masyitah kunci mulut. Dikecam rentas negeri balik raya. Penyanyi Masya Masyitah masih mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung isu yang tular dalam laman sosial apabila tindakan merentas negeri pulang menyambut raya di Kulim, Kedah.

Usaha Kosmo! Online bagi mendapatkan penjelasan tentang berkenaan menerusi panggilan telefon dan pesanan mesej dalam WhatsApp juga tidak berbalas.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Hapus itu ada mengemas kini satu status dalam InstaStorynya beberapa jam lalu dengan memuat naik sekeping gambar raya lama bersama sekeluarga memakai baju sedondon berwarna biru muda.



“Buat pengetahuan semua, ini gambar lama. Tahun ini saya dan keluarga pun tak ada ambil gambar raya.

“Jadi sebelum nak maki orang, tahu dulu cerita. Jangan tiba-tiba nak menyerang siap memaki ya. Terima kasih,” tulisnya.

Gambar berkenaan pernah dimuat naik Masya, 21, pada tahun 2019 ketika menyambut lebaran bersama keluarganya di kampung halaman.

Bagaimanapun, gambar berkenaan disalahertikan netizen yang berfikiran bahawa foto tersebut dirakam pada tahun ini selepas dijadikan imej paparan sebuah portal yang melaporkan berita tentang penyanyi itu yang dibenarkan merentas negeri untuk pulang beraya.



Semalam, sebuah portal melaporkan Masya berpeluang menyambut lebaran bersama keluarga tercinta di Kulim selepas diberi pelepasan selama empat hari sejak 10 Mei lalu.

Masya mendapat pelepasan pulang ke kampungnya dengan menggunakan tiket ibu bapanya sebagai pasangan jarak jauh.

Ibu Masya menetap di Kuala Lumpur bagi menemaninya semenjak dia mula bergelar artis, manakala bapa, abang dan dua adik lelakinya pula tinggal di Kulim.

Selepas berita tersebut diterbitkan, ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan menyifatkan penyanyi itu tidak bertanggungjawab kerana menggunakan tiket pasangan jarak jauh untuk ibu bapanya.



“Yang PJJ (pasangan jarak jauh) tu mak bapak kau. Apa kena mengena dengan kau. Mana boleh kau guna tiket rentas negeri atas alasan PJJ. Ah tak kira. Mohon #PDRMMalaysia ambil maklum. Ini kes kayangan ke apa?” soal seorang netizen. K Online

Masya Masyitah kunci mulut. Dikecam rentas negeri balik raya.


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Kumpul pahala : Siti kena kecam lagi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker