Kumpul pahala : Siti kena kecam lagi



Sebaran :


Kuala Lumpur: Tindakan Datuk Seri Siti Nurhaliza memuat naik status di Instagram Story bahawa dia bersyukur kerana berpeluang mengumpul pahala kerana dikecam netizen susulan penganjuran majlis tahnik anak keduanya yang didakwa melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) turut mendapat kecaman netizen.

Menerusi status itu, Siti meluahkan dia sepatutnya gembira apabila ditimpa dugaan namun berlaku sebaliknya.

“Alhamdulillah, saya patut tengah seronok ni, kumpul pahala banyak-banyak sepuluh malam terakhir ni.



“Kata Ustaz bila berhadapan dengan dugaan ini. Dapat pahala free (percuma) berganda-ganda pula itu. Alhamdulillah,” tulisnya.

Berikutan itu, ada segelintir netizen kecewa dan mempertikaikan tindakan Siti yang berkongsi status berkenaan.

Mereka berpendapat, selepas memuat naik kenyataan rasmi dalam media sosialnya mengenai isu penganjuran majlis tahnik itu, Siti tidak sepatutnya berkongsi sebarang perkara berkaitan kerana boleh mengganggu sensitiviti orang ramai.



Namun, dalam masa sama, ada yang mempertahankan Siti daripada terus dikecam dan memohon kepada orang ramai supaya tidak menyalahkan penyanyi itu serta memberi ruang kepadanya dan keluarga.

Terdahulu, kecoh dalam kalangan netizen apabila majlis tahnik diadakan Siti didakwa melanggar SOP berikutan kehadiran pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus yang didakwa merentas negeri.

Susulan itu, Siti seperti dilaporkan Harian Metro menjelaskan tidak berlaku pelanggaran SOP seperti didakwa banyak pihak.



Dalam kenyataan sama, Siti memohon maaf dan sedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

Semalam, polis sudah mengambil keterangan Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa selaku penganjur majlis berkenaan bagi membantu siasatan.
HM


Sebaran :


Leave a Reply