Rejim Zionis terus serang Gaza, 119 nyawa terkorban

Pengganas Israel lancarkan serangan udara selepas dua jam berhenti

BAITULMAQDIS, 2 Syawal 1442H, Jumaat – Rejim Zionis serang Gaza. Serangan negara pengganas Israel ke atas Semenanjung Gaza yang dikepung telah mengorbankan 10 lagi rakyat Palestin pada hari ini menjadikan angka kematian meningkat kepada 119 orang.

Kementerian Kesihatan Gaza yang mengesahkan perkara itu memaklumkan, kematian tersebut termasuk 31 kanak-kanak dan 19 wanita.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata, jumlah yang cedera meningkat kepada 830 orang.

Pesawat perang Israel pada hari Jumaat meneruskan serangan udara di Semenanjung Gaza yang dikepung selepas berhenti selama dua jam.



Pada serangan awal pagi waktu tempatan, jet pejuang mensasarkan beberapa tempat, termasuk bengkel besi yang terletak di kejiranan Zaitun di Gaza.

Bantahan ‘Kerajaan Gagal’ – Polis tangkap 20 lelaki tempatan

Keadaan semakin tegang di kawasan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis Timur dan di Masjid Al-Aqsa serta Gerbang Damsyik sejak awal bulan Ramadan ekoran tindakan tentera Israel dan penduduk haram Yahudi yang menyerang penduduk Palestin.



Bahkan ketegangan di Baitulmaqdis Timur berpindah ke Gaza selepas gerakan penentangan Palestin di sana berikrar untuk membalas serangan Israel terhadap Masjid Al-Aqsa dan Sheikh Jarrah sekiranya mereka tidak berhenti.

Israel menduduki Baitulmaqdis Timur – di mana terletaknya Al-Aqsa – ketika perang Arab-Israel 1967.

Negara pengganas itu menjarah seluruh bandar pada tahun 1980 dalam gerakan yang tidak pernah diakui oleh komuniti antarabangsa. – Agensi

Moga Muhyiddin berpijak di bumi yang nyata



Rejim Zionis serang Gaza


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


 



Moga Muhyiddin berpijak di bumi yang nyata

 

 



 

 

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker