The Star pula guna istilah ‘militan’ pada Hamas



Sebaran :

The Star pula guna istilah ‘militan’ pada Hamas Selepas RTM.

BANGI, 2 Syawal 1442H, Jumaat – The Star pula guna istilah ‘militan’ pada Hamas. Selepas Berita Mandarin, TV2 Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM),  akhbar berbahasa Inggeris, The Star pula menyiarkan laporan berita yang menggelar Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) sebagai militan.

Adakah sengaja butakan diri dari ambil tahu sejarah penjajahan oleh Zionis?

Penggunaan istilah itu digunakan The Star menerusi berita dunia yang disiarkan semalam bertajuk ‘Fear replaces holiday joy in Gaza as fight with Israel escalates’.

Berita berkenaan dipercayai merujuk pada laporan Reuters, di mana perenggan keempatnya menyatakan, “ Tembakan roket dan peluru berpandu berbalas serangan sejak Isnin di antara militan Hamas di Gaza dan tentera Israel di sempadan, susulan ketegangan terbaharu berkaitan konflik pemilikan tanah di Baitulmaqdis”.

Meskipun laporan berkenaan sudah dipadamkan, mantan Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin kecewa kerana istilah asal yang digunakan salah dan terpesong.

Perumahan, perubatan dan hospital jadi fokus Aman Palestin

Beliau menyifatkan media Malaysia yang didukungi cauvinis, evangelis dan pro-Liberal Barat sememangnya menyokong agenda Israel berbanding perjuangan Palestin.

“Mereka sengaja membutakan diri daripada mengetahui sejarah penjajahan oleh Zionis Israel yang didukung oleh Barat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, berita Mandarin yang disiarkan RTM mencetuskan kontroversi sama apabila menggunakan istilah militan yang merujuk kepada Hamas dalam pelaporan berita berkaitan serangan udara Israel terhadap Palestin.

Susulan itu, Editor Meja Mandarin dan Ketua Editor Berita Mandarin, TV2 dipanggil memberikan penjelasan, termasuk mengenakan Surat Tunjuk Sebab (STS) ke atas pegawai yang terlibat.


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Langgar SOP Aidilfitri: EXCO Terengganu didenda RM2,000

 

 

 


Sebaran :


Leave a Reply