Dua beranak lemas ketika uji jet ski baru

BACHOK – Dua beranak dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ketika mereka sedang menguji jet ski yang baru dibeli kelmarin di Sungai Pangkalan Baru di sini hari ini.

Kejadian pada pukul 5.30 petang itu disedari selepas mangsa, Mohd. Zalmizi Hashim, 37, dan anak bongsunya Mohd. Firas Naufal, 4, tidak muncul semula selepas menguji jet ski yang dibeli pada harga RM13,000.

Rakan mangsa, Mohd. Shariman Che Mazlan, 39, berkata, sebelum kejadian, mangsa ada menghubunginya untuk membantu menurunkan jet ski di sungai itu pada pukul 4.30 petang.

Katanya, pada ujian kali pertama, Mohd. Zalmizi membawa jet ski itu seorang diri sebelum mengambil anaknya untuk ujian pusingan kedua.

Mohd. Firas (kiri) dan Mohd. Zalmizi.

“Mereka tidak kembali selepas hampir 20 minit. Saya tidak sedap hati lalu turun mencarinya dengan sebuah lagi jet ski milik Mohd. Zalmizi.

“Selepas 500 meter mencari, saya melihat jet ski mangsa tersadai di kawasan pokok nipah bersama sepasang selipar. Saya mengesyaki mangsa sudah jatuh sebelum bergegas memaklumkan kejadian itu kepada keluarganya,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian sebentar tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Suprintendan Mohammad Ismail Jamaluddin ketika ditemui mengesahkan polis menerima laporan daripada keluarga mangsa kira-kira pukul 6 petang.

Katanya, sebaik menerima laporan, beliau bersama pegawai dan anggota bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

“Kita bersama Pasukan Bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia terus menjalan SAR untuk mengesan mangsa.

“Bagaimanapun, kedua-dua mangsa masih belum ditemui,” katanya.

Dua beranak lemas ketika uji jet ski baru


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Biodata Artis Reen Rahim

 

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker