Howard Lee sekolahkan Syed Saddiq

DAP bidas Syed Saddiq

Howard Lee sekolahkan Syed Saddiq

Muda dan presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman digesa “meninggalkan blok kerajaan” dan menyertai pembangkang susulan kenyataannya yang menggelar DAP “lap-dog” (pengikut setia).

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Howard Lee, berkata sudah tiba masa untuk Syed Saddiq dan Muda membuat keputusan itu.

“Saya yakin dengan penarikan sokongan dan hilangnya Muda daripada kerajaan perpaduan, kita akan lebih mudah fokus.

“Tugasan kita dalam membina negara dan menjaga kebajikan rakyat akan lebih senang kerana tidak ada lagi keperluan untuk melayan kerenah ‘kebudak-budakan’ sesetengah individu dan parti,” kata Lee dalam kenyataan.

Semalam, Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar, bersetuju dengan bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bahawa DAP menjadi “lap-dog” yang membenarkan penyalahgunaan kuasa berlaku.

Dia juga melabel DAP sebagai parti yang hipokrit, gila kuasa dan tiada prinsip.

Syed Saddiq berkata demikian selepas Naib Pengerusi DAP Nga Kor Ming berkata adalah lebih profesional sekiranya dia, selaku Ahli Parlimen menyokong kerajaan, berbincang dengan pucuk pimpinan berhubung perkembangan kes Zahid Hamidi, selain membuat kenyataan kepada media.

Lee berkata, Syed Saddiq tidak perlu bersikap kurang ajar dan bertindak kebudak-budakan untuk mendapat perhatian dan populariti.

Beliau juga mempersoalkan Syed Saddiq sama ada Muda akan tergolong sebagai “lap-dog” jika dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh mahkamah membabitkan pertuduhan pecah amanah jenayah, penyelewengan aset dan pengubahan wang haram. FMT

Howard Lee sekolahkan Syed Saddiq

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon

Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri

Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya

Mencarut sebelum meninggal dunia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker