Polis tidak pernah tutup siasatan kes kehilangan Zalina Azman
Polis tidak pernah tutup siasatan kes kehilangan Zalina Azman
Lebih 20 individu melibatkan ahli keluarga serta rakan bekas personaliti TV3, Zalina Azman telah dirakam keterangan sejak individu tersebut dilaporkan hilang November tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, usaha menjejaki dan mengesan Zalina dijalankan pihaknya dan sama sekali tidak pernah dihentikan.
“Setakat ini lebih 20 individu telah dirakam keterangan melibatkan ahli keluarga dan rakan Zalina, dan sehingga kini belum terdapat sebarang petunjuk baharu yang ditemui.
“Saya ingin tegaskan bahawa kes ini sama sekali tidak pernah ditutup malah usaha pencarian Zalina dipergiat dari masa ke masa,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Katanya, siasatan turut melibatkan kediaman milik Zalina di Seksyen 2 di sini.
“Setakat ini, belum terdapat sebarang pergerakan keluar masuk yang dikesan di rumah personaliti tersebut,” katanya.
Jelas Iqbal, pihaknya sentiasa mengalukan kerjasama mana-mana pihak atau individu yang mempunyai maklumat terkini berkaitan Zalina.
“Sekiranya mana-mana pihak mempunyai maklumat berkaitan Zalina, terus menghubungi pihak polis atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan berhubung kes ini,” katanya.
Hampir setahun bekas personaliti TV3, Zalina Azman dipercayai hilang sejak November tahun lalu.
Nama bekas personaliti TV3, Zalina Azman kembali menjadi sebutan apabila Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam mengeluarkan hebahan berkaitan kehilangan bekas personaliti itu pada Julai lalu.
Hebahan itu dikeluarkan selepas anak mangsa membuat laporan berkaitan kehilangan ibunya yang didakwa gagal dihubungi sejak 24 November 2021.
Pihak polis menerima laporan mengenai kehilangan itu daripada anak lelaki Zalina pada 29 November tahun lepas yang cuba menghubunginya sejak 24 November bagi memaklumkan datuknya telah dimasukkan ke hospital.
Bagaimanapun, difahamkan Zalina tidak dapat dihubungi. Sinar
Polis tidak pernah tutup siasatan kes kehilangan Zalina Azman
Baca Artikel Menarik:
- 4 MP Bersatu perlu kosong kerusi?
- Bersatu sasar bunuh Umno tapi tersasar – Zahid
- Projek tebatan banjir sudah lulus tapi ditangguh kerana PRU15 – Anwar
- PN, Pas tunggu saya keluar kenyataan minggu depan – Rafizi
- Muhyiddin jangan berlagak macam Trump
- NGO Indonesia bidas kenyataan ‘tak beretika’ Saifuddin berkait layanan tahanan
- Kaesang, Erina, anak dan menantu Jokowi selamat bergelar suami
- Lelaki tengah solat boleh tersipu malu bila jadi tumpuan kamera dipuji ‘comel’ oleh Baby Shima[VIDEO]
- Bumiputera terus ketinggalan
- Baru angkat sumpah jawatan, rakyat desak letak jawatan
- Anwar bakal tempuh ujian terbesar 19 Disember ini
- Jalan mana pilihan UMNO?
- Ezra Kong ketepikan Datuk M. Nasir, raih royalti MACP 2022 paling tinggi
- 14 ADUN Sabah selamat walaupun ‘lompat’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal
Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah
You must be logged in to post a comment.