Gambar yang membawa pelbagai maksud

Ketika 3 Presiden parti terbesar Melayu bertemu di pejabat Perdana Menteri di Parlimen pada Rabu (Dis 9), suasana yang menyelubungi ketika itu agak pelik dan
luar biasa.

Ketiga-tiga mereka kurang berbicara.

Tan Sri Muhyiddin duduk tercegat ibarat sekeping potret lukisan dan Datuk Seri Zahid Hamidi pula tidak menampakkan dirinya sebagai seorang yang gemar
bersembang.



Jelas di antara mereka berdua, ada yang tidak kena tetapi Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang kelihatan relaks dan selesa.

Semua maklum yang ketiga-tiga pemimpin ini berada bersama untuk menandatangani surat kuasa bagi pihak parti masing-masing bagi menubuh kerajaan baru di
Perak dan menamatkan kemelut politik setelah Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Mentri Besar (MB) telah gagal untuk mendapat undi percaya di DUN Perak.

Kesan pedih masih sangat baru dan inilah mengapa bahasa badan di antara Muhyiddin dan Zahid nampak kaku.



Krisis politik di Perak telah menjadi detik penting bagi kedua-dua pihak.

Persaingan sengit di antara UMNO dan Bersatu sukar dilindung lagi dan kedua-dua mereka perlu berhenti berpura-pura menggemari satu sama lain.

Malahan, apa yang UMNO telah lakukan terhadap Ahmad Faizal bukan lagi ibarat menikam belakang tetapi satu serangan terbuka.



“Persaingan akan bertambah sengit. Dengan menyokong pendirian PPBM yang pasti ia satu kejutan dari PAS untuk UMNO tetapi bagi PAS ia adalah satu sokongan
pengukuhan ikatan untuk Muhyiddin, kini ia adalah jelas,” kata peguam dan pengulas politik Ivanpal S. Grewal.

Ramai berpandangan, kemelut politik di Perak adalah tiada pemenang sebenar.

Bersatu dimalukan dengan menggagalkan undi percaya di DUN Perak terhadap Naib Presidennya, Ahmad Faizal. Ia adalah satu penghinaan dan hukuman terbuka.

Malahan, Perak merupakan negeri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang juga merupakan orang kuat Bersatu.



Kehilangan kerusi Menteri Besar adalah perit tetapi masalah sebenarnya adalah apabila jawatan MB ini diberikan kepada parti yang hanya ada satu kerusi
di dalam pilihanraya lalu.

Selepas PRU14, jawatan MB telah diberikan kepada Bersatu di Kedah, Perak dan Johor. Kesemua jawatan itu telah hilang tetapi berjaya dikekalkan Ketua Menterinya
di Sabah.

PAS mungkin dipaparkan sebagai bijak apabila enggan terbabit dalam pembentukan kerajaan baru.



Tetapi PAS sebenarnya tersilap langkah. Mereka dituduh menghina istana apabila pemimpin PAS dilaporkan telah mengeluarkan kenyataan yang mereka telah
membatalkan menghadap Sultan.

Akibatnya, PAS mendapati mereka telah disingkirkan dari senarai exco yang dipersembahkan ke istana.

Maka, wakil-wakil rakyat PAS Perak pun mengambil keputusan untuk memohon maaf manakala Presdiennya memohon untuk menghadap Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Manakala di pihak UMNO pula, mereka dianggap sebagai dalang dalam rampasan kuasa ini. UMNO juga sedang berhadapan masalah berterusan apabila krisis in
berlanjutan tanpa sebarang penyelesaian.



Tetapi ia adalah satu gerakan kuasa dan satu kemenangan oleh UMNO yang agak sukar dinafikan meskipun dilihat dari mana-mana sudut pun. UMNO mempunyai 25
ADUN, telah menuntut jawatan Menteri Besar.

“Ia telah kembali ke asalnya. Apa yang berlaku di Perak adalah satu amaran kepada parti-parti lain di mana walaupun kerajaan dengan kerusi minoriti
memegang jawatan-jawatan kanan di dalam kerajaan tetapi ia sukar untuk kekal dan selesa jika mereka tidak ada kekuatan di akar umbi untuk menguatkan kuasa
dan agenda mereka.” kata Ivanpal yang juga merupakan pegawai politik kepada bekas menteri Perak.

Bukan mudah untuk Zahid sebagai Presiden tetapi menyelesaikan krisis di Perak telah mendapat penghormatan dari semua peringkat UMNO terutamanya memandangkan
Perak adalah sebuah negeri yang dipenuhi politik warlords.

Ahli-ahli UMNO hanya mampu redha apabila melihat Presidennya turun naik mahkamah dan kini ia sesuatu yang agak melegakan mereka menyaksikan beliau keluar
masuk Istana Kinta.

Seperkara yang tidak disenangi sesetengah pihak apabila beliau meminta maaf di dalam kenyataan bersama dengan 3 Presiden parti.

Namun, bekas ketua bahagian Kapar Datuk Faizal Abdullah berkata: “Tidak ada salahnya, ini adalah sebahagian dari adat Melayu untuk meminta maaf jika ada
yang terguris hati. Yang lebih mustahak bagi Zahid adalah kita dapat apa yang diingini – jawatan MB”.

Mendapatkan semula jawatan tertinggi itu adalah sangat mustahak dalam perancangan UMNO menguasai Perak di pilihanraya akan datang bermakna pengaruh dankuasa untuk mempengaruhi akar umbi.

Inilah apa yang diharapkan dari MB baru Datuk Mohamad untuk beberapa bulan nanti.

Tetapi di hari Saarani mengangkat sumpah, tumpuan adalah kepada titah Sultan yang jarang didengari dari seorang raja.

“Saya tidak pernah dengar Sultan bertitah sebegitu keras,” kata Kassim Ismail, penyokong setia UMNO Perak.

Lazimnya, Sultan akan berhati-hati dalam menyampaikan maksudnya dengan penuh kiasan berbunga tetapi Sultan Nazrin tegas dan tepat dengan sasarannya terus
kepada ahli-ahli politik yang tidak berkesudahan berpolitik sahaja.

Walaupun di permulaan titah Sultan Nazrin dengan mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Faizal, ramai juga mengetahui yang titah Sultan itu adalah teguran
terhadap Faizal apabila tuanku menyentuh mengenai bagaimana kuasa dan kemewahan telah menguji peribadi seseorang.

Ia adalah peringatan keras dan telus untuk pemimpin-pemimpin politik agar melakukan perkara yang betul apabila diamanahkan dengan kuasa.

“Ini adalah kritikan istana terhadap ahli-ahli politik, satu petanda yang kesabaran pihak istana telah menemui penghujungnya. “Apa yang dititah Sultan
menepati melampaui Perak. Sultan menitahkan ahli-ahli politik agar berhenti percaturan politik. Mereka seharusnya berpijak di bumi nyata, dan bukan
menongkah langit,” Ivanpal.

Ribut telah reda tetapi berkemungkinan akan berlaku sekali lagi di antara dua parti walaupun Hamzah, Setiausaha Agong Bersatu, sedang mendesak untuk
satu gabungan perdana ditandatangai Bersatu, Barisan Nasional dan GPS.

Di pihak Muhyiddin, beliau tidak langsung membuat sebarang komen mengenai Perak dan beliau ada sebab yang jelas. Muhyiddin perlu meredakan pergolakan di
Perak ini hanya sebagai isu negeri dan mengekangnya dari merebak memberi kesan hubungan parti di negeri-negeri lain.

Ahli politik yang berpengalaman ini sangat memamhami yang pergolakan di Perak adalah petanda kepada masalah yang lebih besar yang mampu mengoncang Putrajaya.

Keutamaan beliau adalah menghalang satu lagi pergolakan dan berada di landasan betul sehingga selamat untuk mengadakan pilihanraya.

Rahman Komando

[email protected]

https://mykmu.net/2018/04/24/tumpu-usaha-menangkan-bn/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker