Anwar Masih Dengan Angka Yang Cukup?

Malam tadi, Raja Petra Kamaruddin mendedahkan Dato Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan 113 Ahli Parlimen yang menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.

RPK, sejak menyebelahi Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional ke rakan lamanya, Dato Seri Hamzah Zainuddin, menyiarkan satu artikel dengan gambar
yang menunjukkan Dato Najib Tun Abdul Razak melawat Anwar di hospital. Tindakan beliau dikuatkan lagi dengan pendirian PAS untuk menyebelahi Perikatan
Nasional (PN) daripada Muafakat Nasional (MN).

Bukan lagi satu rahsia apabila PN dan kluster pro-Muhyiddin menuding Najib kerana hanya menyebut PKR sebagai salah satu dari empat pilihan strategik yang
ada kepada BN dalam menghadapi pelbagai tipu helah PPBM sejak kedengaran usul untuk undi tidak percaya dan pengakuan Anwar yang mempunyai jumlah ahli-ahli
parlimeng yang mencukupi.



Di dalam mesyuarat ahli-ahli Parlimen UMNO bersama Presiden Dato Dr Ahmad Zahid Hamidi, Tan Sri Annuar Musa dan Dato Seri Ismail Sabri telah naik berang
apabila menyebut nama Anwar.

 

malaysia-chonicle.com

Ini sememangnya dijangkakan dari Annuar, tetapi bukan Ismail.



Pemerhati politik mengaitkan dengan cadangan yang dibangkitkan Ismail dalam isu Timbalan Perdana Menteri untuk UMNO tetapi telah ditolak Zahid.

Mungkin RPK cuba perangkap Anwar kerana promosi “I got the number” yang berulang-kali, atau meneruskan propaganda yang Najib sanggup bekerjasama dengan
Anwar dan DAP untuk menjatuhkan Muhyiddin.

Walaubagaimanapun, Fahmi Fadzil telah menafikan sebarang sidang media pada hari Isnin. Hanya Annuar yang masih gembar-gembur menuntut 8 ahli parlimen untuk
menafikannya atau membuat laporan polis. Masalahnya sekarang, berapa jumlah angka sebenar : 23 atau 11 atau 8?



Rundingan peruntukan kerusi?

Satu lagi tujuan tindakan pendedahan RPK berkemungkinan mengalihkan perhatian dari kegagalan cubaan mewujudkan Gabungan Perdana – Grand Coalition.

Baru-baru ini telah disuarakan Hamzah Zainuddin, tetapi dicadangkan terlebih dahulu oleh Annuar Musa dan rancangan besar oleh geng Publika yang juga
melibatkan Dato Takiyuddin Hassan dari PAS menjadikan mereka Publika trio.

Minggu depan, satu mesyuarat sepatutnya diadakan di antara BN dan PN membincangkan peruntukan kerusi PRU15. Mesyuarat ini bakal menjadi hangat apabila UMNO
akan menegaskan yang mereka telah selesai pembahagian kerusi dengan PAS dalam MN.



Media sosial yang pro-BN pula mendesak PPBM meminta kerusi dari PAS. Manakala dalam perjanjian dengan PAS, UMNO akan bertanding di kesemua kerusi UMNO yang
telah melompat ke PPBM. UMNO tidak akan bertanding di kerusi yang dimenangi PBBM secara tulin.

Dipercayai cadangan Hamzah dan Takiyuddin adalah untuk melemahkan UMNO dengan menghalang UMNO untuk mendapatkan jumlah besar dan dominan yang meletakkan
UMNO mengetuai gabungan pemerintahan nanti.

 



Meskipun dengan pengumuman Annuar, sumber dalam parti tertanya-tanya. Annuar telah dikeluarkan dari jawatankuasa menentukan peruntukan kerusi dan tidak ada
lagi hak dan kapasiti untuk bertindak.

Desakan Publika

Di dalam UMNO, Annuar dituduh dalam rancangan bekerjasama dengan musuh mempertahankan PN, menafikan PPBM yang menikam belakang di Sabah, dan pendedahan
rahsia parti dalam satu temubual.

Di antara tujuan Annuar adalah dipercayai untuk mengekalkan kerusinya di Ketereh. Jika undi PAS dan PPBM digabungkan, kedudukan Annuar mungkin tumbang.



Gabungan Perdana ini adalah salah satu pengumuman Muhyiddin di Mesyuarat Agong Tahunan PPBM untuk diadakan Majlis Presiden di antara parti-parti politik
yang sealiran dengan parti pemerintah.

Gabungan Perdana ini juga telah ditolak UMNO kerana tidak diperlukan memandangkan secara terang ia adalah usaha untuk menafikan MN. PPBM yang sepatutnya
bergabung dengan MN tetapi masih tidak beri kata putus.

Takiyuddin nampaknya marah dan dalam Twitternya ditulis, ada kontrak yang perlu dihormati. UMNO sedang melengahkan dengan pelbagai alasan untuk
menyemaksemula perjanjian itu. UMNO sedang mendesak untuk MN didaftarkan, tetapi yang berpihak dengan Takiyuddin dalam PAS yang melengahkannya pula.

Untuk mengetahui pengumuman pembahagian kerusi antara BN dan PN itu palsu, Annuar mendakwa PAS tidak akan bersama MN dan tidak akan didaftarkan. PAS
bertindakbalas dan Tuan Ibrahim menafikannya. Apakah kini Ulama dan geng Publika bertelagah?

Di pihak PAS Terengganu, Menteri Besar Dato Dr Samsuri Mokhtar lebih berani menunjuk penolakan MN di negeri itu. Di dalam kenyataannya, “Tidak ada ‘abang
Long’ dalam MN setelah perjumpaan PAS di Kuala Terengganu yang menguatkan lagi MN ditolak.

Pada masa sama, dua pemimpin berpengaruh Sarawak telah menolak Gabungan Perdana sebagaimana yang dicadangkan Publika trio.

Petanda kumpulan C5 yang dikatakan melibatkan Hamzah, Takiyuddin, Azmin Ali, Hishamuddin dan Fadilah Yusof telah meletop dan berpecah.

Kini hanya tinggal Publika trio dan kedengaran juga yang Hamzah dan Azmin sedang bertelagah. Satu perhimpunan pada hari Selasa untuk protes akan diadakan
di ibupejabat PAS juga sedang diperkatakan.

Rahman Komando

[email protected]

Patutlah PAS Sayang Lebih Pada Bersatu Berbanding UMNO…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker