COVID-19: Pesakit berusia 104 tahun pulih selepas 14 hari dirawat

SEORANG wanita Sepanyol berusia 104 tahun menjadi antara pesakit tertua yang berjaya pulih dari COVID-19.

Elena, dirawat selama 14 hari dan merupakan pesakit ke-4149 yang pulih dan dibenarkan keluar dari Hospital Gregorio Marañón di Madrid.

Menurut doktor, tahun lalu, Elena berjaya pulih dari influenza A selepas dijangkiti virus tersebut.



Tahun ini, beliau berjaya pulih dari pneumonia akibat COVID-19, malah sangat sihat.

“Dia tidak memerlukan oksigen. Penahanannya di wad adalah kerana faktor usia yang menjadi kembimbangan kami.

Dengan perkembangan kesihatannya hari demi hari, kami amat gembira dan amat mudah untut merawatnya,” ujar Dr Álvaro Alejandre de Oña.

Ketika discaj, Elena diberi tepukan dan sorakan dari para petugas kesihatan di hospital berkenaan.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker