Tahniah..APM Selamatkan Kucing Jalanan

Sebaran :

GUA MUSANG – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyelamatkan seekor kucing jantan jalanan yang tersangkut di celah penutup longkang konkrit di tapak Pasar Minggu di Bandar Baru di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 9 pagi itu, tiga anggota APM bergegas ke lokasi tersebut selepas menerima panggilan daripada orang awam.

Pegawai APM Daerah, Mohd. Yussalmi Mohd. Yusoff berkata, apabila tiba di lokasi kejadian, anggotanya mendapati keadaan kucing itu semakin lemah kerana ia tersepit di tengah-tengah lubang.

Katanya, sebelum tersepit, kucing itu dipercayai terjatuh dalam longkang sedalam 0.5 meter dan tidak menemui jalan keluar.

“Kucing itu berjaya dikeluarkan daripada lubang penutup konkrit dalam masa 15 minit.

“Kami dapati kucing itu tidak mengalami sebarang kecederaan sebelum ia dilepaskan ke kawasan selamat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Yussalmi berkata, pihaknya sentiasa memberi perhatian terhadap sebarang aduan berkaitan tugas menyelamat haiwan.

Katanya, APM Gua Musang turut menyelamatkan haiwan lain seperti anak anjing yang terjatuh dalam longkang sepanjang tahun ini. – K! ONLINE

Bomba Selamatkan Lembu Hampir Lemas


Sebaran :

Leave a Reply