Tak Sangka Isteri, Cucu Pulang Sebagai Jenazah…



Sebaran :

Pendang: “Arwah isteri, Zainab Wahab, 46, ada hubungi saya dua hari lalu dan minta kemaskan rumah sebab nak bawa balik cucu baru.

“Tapi tak sangka pula dia dan cucu pulang sebagai jenazah,” kata Norain Shahadan, 50.

Menurut Norain, dia menerima berita sedih itu melalui besannya, Ahmad Ibrahim, 56, yang menghubunginya sekitar 6 pagi tadi.

Katanya, dia ketika itu antara percaya atau tidak apabila dimaklumkan isterinya dan cucu mereka, Muhammad Aisy Saqeef, 22 hari, meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 163 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Plaza Tol Jawi, di sini, hari ini.



“Saya tidak menyangka, namun reda dengan apa yang berlaku kerana kehilangan isteri dan cucu kedua kami.

“Namun, saya bersyukur anak sulung, Nur Amalina, 25, menantu, Muhamad Syafiq Ahmad, 25, serta cucu sulung, Aaira Nur Saffiyya, 2, selamat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Padang Pusing, di sini, hari ini.

Turut terbunuh dalam kemalangan itu, pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.



Menurut Norain, dia terkilan kerana tak sempat menatap wajah cucu barunya yang dilahirkan pada 14 November lalu dan hanya melihat melalui WhatsApp kumpulan keluarga di telefon bimbit.

Katanya, dia memang teruja mahu berjumpa cucu sulung lelaki, namun tidak kesampaian.

“Saya sempat berbual dengan isteri pun sekejap saja dan dia hanya beritahu nak balik apabila pergerakan rentas negeri dibenarkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tamat, hari ini.



“Sedih memang sedih, tapi apa nak buat, saya terima ketentuan Allah,” katanya.

Katanya, isterinya pergi ke rumah anak dan menantu mereka di Johor sejak perayaan Deepavali lalu.-HM

Cucu bunuh nenek


Sebaran :


Leave a Reply