Perak: Jangan salahkan UMNO, tawaran untuk bekerjasama sudah dibuat – Tajuddin

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menegaskan bahawa pendekatan parti itu sepertimana dimaklumkan Presidennya yang berkata tidak menolak kemungkinan berlaku satu penjajaran baharu politik di Perak, adalah demi rakyat negeri itu.

Jelasnya tawaran telah dibuat oleh UMNO untuk bekerjasama dengan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), namun kini terpulang kepada dua parti itu untuk bersama UMNO demi rakyat.

“Kemungkinan segala kemungkinan akan dipertimbangkan, kalau tidak boleh cara A, kita buat cara B atau C, yang penting kerajaan dapat kembali menguruskan pentadbiran negeri untuk rakyat terutamanya bajet mesti dibentang dan diluluskan.

“Jadi dia (Presiden UMNO) sudah sebut dengan jelas, kalau boleh kerajaan lama kekal yang bertukarnya cuma (jawatan) Menteri Besar sahaja.

Itu pilihan pertama, dia telah menyebut hendak kalau boleh kerajaan dahulu diteruskan, cuma bertukar MB (Menteri Besar), pilihan yang lain hanya timbul sekiranya pilihan yang pertama tidak ditimbulkan,” jelasya ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.

Jelas Tajuddin, beliau berharap agar Pas dan Bersatu dapat berubah pendirian untuk bersama UMNO.

“Kalau mereka masih pendirian tetap begitu, tidak boleh pilihan itu. Hari ini mereka boleh berfikir, tawaran sudah dibuat.

“Kalau mereka (Bersatu dan Pas) boleh berubah pendirian yang telah dibuat sepertimana yang ditulis oleh Setiausaha Agung masing-masing, boleh menukarkan kerajaan lama bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) jadi tidak perlu pilihan lain,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Tajuddin turut mengingatkan bahawa UMNO dan BN telah menunjukkan sokongan dalam pentadbiran Kerajaan Perak di bawah Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

“Saya mempersoalkan kenapa Pas dan Bersatu buat pendirian begitu? Padahal UMNO ini, BN ini telah menunjukkan sokongan kepada Pas dan Bersatu. UMNO dan BN telah tunjukkan sokongan kita berikan kepada mereka.

“Dalam kerajaan PN dahulu, sekarang ini salah siapa? Bukan salah UMNO, ini kehendak Dewan (DUN), Dewan begitu ramai tidak mahu MB (Menteri Besar), itu mesti ada sebab besar menyebabkan dia ditolak dan tidak lagi diterima sebagai MB.

“Jangan salahkan BN, balik-balik salahkan BN dan UMNO,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid dalam satu sidang media memaklumkan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak menolak kemungkinan berlaku penjajaran baharu di Perak seiring krisis politik yang melanda negeri itu.

Bagaimanapun, Presiden UMNO itu berharap kerajaan yang ada di bawah kepimpinan Menteri Besar yang lalu dapat dikekalkan. Awani

Selepas salahkan Najib, Mukhriz salahkan PAS.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker