4 hari redah parit, akhirnya cincin berharga RM670,000 ditemui

Sekumpulan pekerja terpaksa mencari cincin itu di dalam saluran parit. – SCMP/Baidu

BEIJING – Sebentuk cincin bertatahkan permata jed bernilai 1 juta yuan (RM665,954) tercicir dari tingkap sebuah rumah di aras sembilan lalu terjatuh ke dalam saluran parit di tingkat bawah, lapor portal berita South China Morning Post.

Kejadian itu menyebabkan penduduk sebuah kawasan kejiranan di wilayah Guangdong terpaksa menahan bau busuk selama tiga hari ketika operasi mencari cincin itu dilakukan di saluran parit tersebut.

Berdasarkan sebuah hantaran yang dimuat naik di platform Douyin, seorang lelaki berkata, cincin itu terlepas daripada tangan bapanya ketika cuba merakam video di tepi tingkap.

Bapanya menempah khas cincin tersebut untuk dihadiahkan kepada bakal isteri lelaki berkenaan menjelang majlis perkahwinan mereka tidak lama lagi.



Sekumpulan lelaki kemudian diupah untuk mencari cincin itu di saluran parit. Salah seorang pekerja, Fan berkata, dia dan rakannya masing-masing dibayar sebanyak 500 yuan (RM331) sehari untuk mencarinya.

Cincin itu akhirnya ditemui pada hari keempat pencarian. Kesemua pekerja bersorak keriangan ketika menemui cincin itu sehinggakan pemiliknya menyalakan bunga api untuk meraikannya. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akaun dark side anak Melayu bersepah dalam aplikasi X

Babak ranjang, Fasha harapkan fenomena



DJ Lin jadi mangsa

Rezeki jadi suami curang



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker