Fitnah Anwar, TV3 perlu bayar Presiden PKR 600 ribu ringgit

Presiden PKR Anwar Ibrahim memperoleh sebanyak RM600,000 bagi ganti rugi am dan teruk dan bukannya RM1.1 juta dalam saman fitnahnya terhadap TV3 kerana mengaitkannya dengan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013.

Ia berikutan keputusan saman berkenaan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini yang diketuai Hakim Has Zanah Mehat untuk mengurangkan jumlah ganti rugi itu dengan mengetepikan award Mahkamah Tinggi masing-masing RM250,000 bagi ganti rugi teruk dan teladan kepada Ahli Parlimen Port Dickson tersebut.

Hakim Has Zanah telah menggantikan perintah Mahkamah Tinggi dengan jumlah bundar sebanyak RM600,000 bagi ganti rugi am dan teruk.

Dr. Maza tegur menteri, artis dan pendakwah selebriti

“Kami membenarkan sebahagian rayuan TV3. Kami mengubah award dalam perintah (Mahkamah Tinggi) bertarikh 14 Mei 2018 dengan mengetepikan award berasingan bagi ganti rugi teladan dan teruk.

Hakim Has Zanah yang mengetuai panel itu bersidang bersama hakim P Ravinthran dan hakim Indera Mohd Sofian Abd Razak, mendengar rayuan TV3 mengenai jumlah ganti rugi itu melalui sidang video. Stesen televisyen itu telah menarik balik rayuannya terhadap liabiliti.

-Bernama

 

Dr. Maza tegur menteri, artis dan pendakwah selebriti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker