China beri amaran pada AS, jangan campur urusan dalaman

BEIJING: Kementerian Pertahanan China semalam menggesa Amerika Syarikat (AS)

mengawal kekuatan tenteranya yang menurut Beijing semakin aktif di udara dan perairan berdekatan China terutama Laut China Selatan.

China mengulangi pendirian bahawa kehadiran tentera AS di Laut China Selatan, Laut China Timur dan Selat Taiwan adalah faktor utama ketidakstabilan di rantau itu.



Kelmarin, Presiden AS, Joe Biden, dalam ucapan sulungnya di Kongres, sekali lagi menegaskan negara itu mempunyai kebebasan untuk berlayar di laluan laut antarabangsa di wilayah berkenaan.

Jurucakap Kementerian Pertahanan China, Wu Qian, berkata sejak pentadbiran Biden, operasi kapal perang tentera laut AS meningkat 20 peratus dan kehadiran pesawat risik AS meningkat 40 peratus berbanding tahun lalu.

Tanah rizab PDRM ditukar milik gereja tanpa pengetahuan



Ketika AFP meminta maklum balas mengenai pendirian China, Majlis Keselamatan Nasional AS memohon ia dirujuk kepada Jabatan Pertahanan AS, yang enggan mengulas.

Awal April lalu, Tentera Laut AS memuat naik foto kapal pemusnah peluru berpandu AS, USS Mustin, di laman sesawang utamanya, yang menyaksikan pesawat China, Liaoning, melakukan latihan dekat perairan Taiwan.

Wu berkata, USS Mustin mengganggu latihan China dan mengancam kebebasan pelayaran dan keselamatan anak kapal mereka.

Beliau turut memberitahu, kapal tentera laut China memberi amaran kepada pihak USS Mustin dan Beijing membuat aduan rasmi kepada AS mengenai perkara itu, sekali gus menambah ketegangan antara dua kuasa besar itu.



Untuk rekod, Taiwan adalah antara punca ketegangan hubungan AS-China selain turut mencakupi perang perdagangan, sekatan AS dan pertambahan kekuatan ketenteraan China di Laut China Selatan.

Beijing juga kurang senang dengan kehadiran AS yang semakin ketara di Laut China Selatan bagi melakukan kawalan rondaan bebas latihan ketenteraan dengan beberapa negara di rantau Asia Tenggara. – AFP

Titiwangsa, Setiawangsa Jadi Rebutan 3 Menteri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker