Titiwangsa, Setiawangsa Jadi Rebutan 3 Menteri

PETALING JAYA: Kemelut perebutan kerusi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyaksikan persaingan tiga menteri dan seorang timbalan menteri di dua kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan.

WAN FAYSHAL WAN AHMAD KAMAL

Di Parlimen Titiwangsa, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun bersaing sengit dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Fayshal Wan Ahmad Kamal.

Menurut sumber, kedua-keduanya kini mencari jalan untuk menambat hati pucuk pimpinan Bersatu supaya nama mereka dicalonkan di Parlimen tersebut.

Wan Fayshal dikatakan masih lagi meneruskan kerja-kerja di Parlimen Titiwangsa selaras dengan jawatan yang dipegang kini iaitu Ketua Bahagian Bersatu Titiwangsa.

Berdasarkan kekerapan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turun padang di kawasan Titiwangsa sebanyak dua kali, seolah-olah seperti memberi ‘restu’ kepada Wan Fayshal bertanding di kawasan tersebut.

Ini kerana, secara tradisinya setiap ketua bahagian akan bertanding sebagai calon Parlimen pada PRU berikutnya.

“Kita ingin pertahankan apa yang telah dimiliki iaitu kerusi Parlimen di sini dan sebagai ketua bahagian, saya amat bersyukur Perdana Menteri memilih Titiwangsa sebagai destinasi kedua selepas Parlimen Gombak di bawah Datuk Seri Azmin Ali,” kata Wan Fayshal kepada Utusan Malaysia.

Audio bocor : Kita nak tahu siapa perakamnya – Hamzah

Sementara Rina yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa, dikatakan seolah-olah ‘menganak-tirikan’ kawasan itu dengan menggerakkan jentera ke kawasan Parlimen Sepang sebagai sasaran.

Berdasarkan pemerhatian, menteri wanita itu giat turun padang menjalankan aktiviti khidmat bakti di Sepang, contohnya memberi beg sekolah secara percuma kepada pelajar tahun satu di kawasan tersebut.

Namun, Rina masih menaruh harapan tinggi untuk dikekalkan di Titiwangsa.

Menepis dakwaan itu, Rina berkata, aktiviti tersebut adalah tidak pelik kerana beliau dan keluarganya berasal dari Sepang.

“Saya berasal dari Sepang, keluarga saya ada di sana, malah sebelum ini saya juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Sepang,” ujarnya sebelum ini.

Sementara itu, di kerusi Parlimen Setiawangsa, difahamkan persaingan membabitkan dua menteri yang mengetuai portfolio penting dalam Kabinet.

TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ

Dikatakan seorang pendatang baharu dalam politik, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz turut berminat bertanding di kawasan berkenaan.

Tengku Zafrul dipercayai akan berhadapan laluan sukar untuk disenaraikan kerana seorang lagi menteri yang turut menaruh harapan menjadi calon di Setiawangsa. – UTUSAN ONLINE

Acryl Sani dilantik Ketua Polis Negara baharu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker