Jika idam menang emas, MHC enggan persiapan ‘cincai’

Jika idam menang emas, MHC enggan persiapan ‘cincai’

Jika idam menang emas, MHC enggan persiapan 'cincai'
PRESIDEN Konfederasi Hoki Malaysia, Datuk Seri Subahan Kamal (dua, kiri) bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan MHC Ke-71 di Menara PERKESO, semalam. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) tidak mahu menunggu saat akhir untuk membuat persiapan sebaliknya ia perlu dilakukan sekarang untuk memastikan hoki 5 sebelah (5s) mampu meraih emas di gelanggang sendiri pada Sukan Sea Malaysia 2027.

Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal menegaskan, perancangan awal termasuk pendedahan perlawanan di peringkat antarabangsa dan sokongan kewangan mencukupi adalah elemen penting bagi memastikan skuad negara mampu mengekalkan momentum menyapu bersih kesemua emas yang dipertandingkan dalam sukan hoki.

Untuk memastikan pendedahan awal dapat dilakukan, Subahan sudah melakukan beberapa perancangan seperti bertemu dengan pihak berwajib termasuk Majlis Sukan Negara (MSN) bagi memaklumkan apa yang perlu dilakukan untuk memastikan Malaysia terus menjadi kuasa besar dalam acara berkenaan di rantau ini.

“Untuk Hoki 5s, buat masa ni kita masih nombor dua di dunia ya dan di belakang Belanda. Di Sukan Sea (Thailand 2025) pun boleh nampak. Hanya kekangan kita, kita tak cukup dana. Sebab itu saya ada berjumpa dengan beberapa korporat baru-baru ini, termasuk beberapa bank, mohon kalau mereka boleh turut bantu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perpaduan Adalah Kekuatan, Bukan Perpecahan


“Dana besar diperlukan untuk bagi meningkatkan pendedahan kepada pasukan. Contoh, pasukan India, mereka boleh duduk di Eropah tiga bulan bermain dengan kelab di sana. Kelab di Eropah pun sangat kuat.

“Kita sekali keluar pun RM500,000. Kalau selalu keluar memang tak bayar gaji. Sebab itu saya sudah maklum pada Ketua Pengarah MSN, Jefri Ngadirin bahawa kalau kita nak pastikan Sukan Sea 2027 menang enam pingat emas, kita mesti bermula dari sekarang.

“Untuk acara padang tidak ada masalah, tapi 5s kena mula awal. Jangan kita nak menang emas, tapi masih tunggu-tunggu sebulan sebelum kejohanan baru nak mula. Tak bolehlah,” katanya.

Terdapat enam pingat emas dipertandingan pada Sukan Sea Thailand antaranya hoki dalam dewan (lelaki dan wanita), hoki 5s (lelaki dan wanita) dan hoki padang (lelaki dan wanita).

Selain itu, Subahan turut memberi contoh negara jiran seperti Thailand dan Indonesia begitu serius dalam melakukan persiapan untuk pasukan hoki 5s kerana melihat peluang untuk menang emas dalam kategori ini sangat tinggi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Biarlah Kerajaan Negeri Ditadbir Pemimpin Terbukti Berfungsi – Pemuda UMNO Sri Gading


“Macam negara lain contoh Indonesia dengan Thailand, mereka mula segala persiapan membentuk pasukan selama dua tahun. Malah, negara ini juga sanggup mengeluarkan dana berjuta-juta. Sebab itu kita kena mula sekarang,” katanya.

Untuk rekod, pada Sukan Sea Thailand, skuad hoki 5s lelaki negara berjaya meraih emas sementara skuad wanita memenangi pingat perak selepas tewas kepada tuan rumah dalam perlawanan akhir.

Jika idam menang emas, MHC enggan persiapan ‘cincai’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Perlu Keluar Dari Zon Selesa, Cipta ‘Keluarbiasaan’ – Ahmad Zahid

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker