MMA sokong SPRM siasat kes tuntutan palsu Perkeso
MMA sokong SPRM siasat kes tuntutan palsu Perkeso
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyatakan rasa bimbang berhubung laporan baru-baru ini mengenai kes pemalsuan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang melibatkan kakitangan perubatan di Pulau Pinang.
Integriti sistem penjagaan kesihatan adalah penting, dan sebarang salah guna kepercayaan oleh pengamal perubatan adalah perkara serius, kata Presiden MMA, Dr Kalwinder Singh, dalam satu kenyataan.
Beliau berkata MMA memberi sokongan penuh kepada semua pihak berkuasa berkaitan, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), untuk menjalankan siasatan yang adil dan menyeluruh terhadap perkara tersebut.
Semua pihak yang disoal siasat atau disiasat harus dilayan dengan adil dan diberikan peluang untuk perbicaraan yang adil, katanya.
Pada 4 Sept lalu, tiga pakar tulang dilaporkan antara 33 individu yang direman untuk membantu siasatan SPRM terhadap kartel pemalsuan tuntutan hilang upaya Perkeso yang melibatkan RM2.1 juta. Ia melibatkan 30 orang terdiri daripada 19 penuntut, lapan ejen, dan tiga ‘runner’.
Dua doktor pakar tulang berusia 43 dan 50 tahun bertugas di sebuah hospital kerajaan di Seberang Jaya manakala seorang lagi doktor dari sebuah hospital swasta.
Keesokan harinya, dua lagi doktor direman kerana aktiviti mereka dalam kartel tersebut, yang didakwa aktif sejak 2017.
Difahamkan bahawa tuntutan palsu tersebut berkaitan dengan kecederaan tulang belakang dan kecederaan ‘ligamen anterior cruciate’ (ACL) pada lutut.
Semua suspek berusia 26 hingga 60 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali nilai butir palsu itu atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. FMT
MMA sokong SPRM siasat kes tuntutan palsu Perkeso
Baca Artikel Menarik:
- ‘Abang Bas’ direman, siapa nak hantar anak saya ke sekolah?
- Ambulans rempuh lori parkir tepi jalan, pemandu dan jururawat cedera parah
- Linda Onn kecewa deejay baharu tiada etika
- Padah pakai cincin pada kemaluan
- ‘Pensyarah dari syurga’ terima penghargaan Kesuma, Lim dijadikan anak angkat
- Nak makan, makan, tak makan sudah – Anwar
- Teresa Kok buat ‘U-TURN’, sokong persijilan halal
- Osama Yamani kena rotan semasa tinggal di Pengasih bersama Jamal
- Syamsul, Sarah, Ira – Antara cinta, air mata dan pembalasan
- Kaki Eina Azman bikin muntah?
- Reedzwann reda dengan pemergian Nuraisyatul
- ‘Tentera bawang’ buat malu negara
- Bukan mudah untuk BN menang PRK DUN Mahkota
- Kontrak kontraktor Dewan Selera MRSM Taiping ditamatkan dan bakal disaman – Asyraf Wajdi
- Saya bukan Puan Mira kantin, jangan serang saya
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kalau benar Fazura, Fattah bercerai…
Betty Banafe dakwa siasatan polis tak ikut SOP disangkal PDRM (Video)
You must be logged in to post a comment.