Zii Jia terkulai lagi, kini ditangan Kenta Nishimoto

ZII JIA gagal merangkul gelaran ketiganya musim ini selepas tewas pada perlawanan akhir di Terbuka Denmark kelmarin

Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia mengakui banyak ‘kerja rumah’ yang perlu dilakukannya dalam usaha untuk tampil lebih konsisten pada saingan musim depan.

Terdahulu, hasrat Zii Jia untuk mengakhiri kempen musim ini dengan pencapaian gemilang tidak kesampaian selepas tersingkir di suku akhir Masters China di Shenzen, hari ini.

Pemain ranking ke-11 dunia itu terpaksa akur apabila tewas di tangan wakil Jepun, Kenta Nishimoto 11-21, 12-21 dalam tempoh 40 minit.

Menurut Zii Jia, dia selepas ini akan bercuti seketika sebelum kembali menjalani latihan sebagai persiapan menghadapi saingan musim dengan bermula di Terbuka Malaysia pada Januari.

“Hari ini, Kenta bertahan dengan baik, banyak pukulan serangan yang saya lakukan tidak beri kelebihan kepada saya.

“Sudah tentu saya kecewa dengan kekalahan ini kerana ini adalah kejohanan terakhir saya tahun ini. Saya akui banyak yang perlu dilakukan untuk saya lebih konsisten mengharungi saingan musim depan.

“Saya akan bercuti seketika dan kembali berlatih selepas itu. Diharapkan saya dapat menghasilkan keputusan terbaik di laman sendiri (Terbuka Malaysia) nanti,” katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Zii Jia yang diselubungi dengan pelbagai kontroversi sepanjang tahun ini bergelut dengan prestasi tidak menentu tetapi berjaya merangkul satu kejuaraan di Terbuka Artik di Vantaa, Finland selain muncul naib juara di Terbuka Denmark, bulan lalu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mawar Rashid sah bercerai

Majlis perkahwinan mewah anak tunggal bos AirAsia Indonesia meriah

Kilafairy buat hal lagi

Tarian Dolla berpakaian seksi jadi kecaman netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker