Saya hampir gila – isteri pertama Abang Tesla

Saya hampir gila – isteri pertama Abang Tesla

Video dimuat naik isteri pertama Abang Tesla, Nurmajdina Jamari pada TikTok mengundang persoalan dan teka-teki orang ramai yang tertanya-tanya mengenai situasi terkini dihadapi wanita tersebut.

Ia berikutan kapsyen pada video itu yang mana Nurmajdina menaip, ‘terlihat ceria padahal hampir gila’ yang memaparkan dirinya berada di dalam sebuah kereta seorang diri.

Pada video itu juga, dia menaip keterangan, ‘I’m okay, I’m fine gwenchana, teng neng neng neng’ iaitu berdasarkan audio yang trending pada TikTok pada masa ini.

Dalam pada itu, orang ramai meninggalkan kata-kata semangat kepada Nurmajdina dalam menghadapi ujian rumah tangga.

“Ya Allah kurniakanlah zuriat kepada wanita hebat ini agar segala sedihnya terubat, segala kekuatannya terbalas,” komen Syafiqahieqa.

“Saya dulu hampir dimadukan. Tapi saya memilih untuk bercerai. Alhamdulillah, sekarang saya dah ‘happy’ dengan suami baharu. Kita berhak buat keputusan dan memilih,” komen Araaa.

“Maaf jujur cakap, saya tak sekuat kamu. Mungkin kalau saya di tempat kamu, mungkin saya memilih untuk pergi,” ujar MyraMUA.

Pada September lalu, pempengaruh media sosial kontroversi, Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry mendedahkan wajah isteri keduanya sejak bernikah pada 18 Ogos lalu.

Menerusi satu hantaran di akaun Instagramnya sebelum ini, satu gambar dimuat naik Abang Tesla bersama kedua-dua isterinya sebelum berangkat menunaikan umrah dan melancong ke Turkiye. K Online

Saya hampir gila – isteri pertama Abang Tesla

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kriteria pemilihan tentera Al-Qassam

PU Syed tegur usahawan sensasi isu solat lepas subuh

Perebutan kuasa bakal berlaku di dalam Bersatu

Sikap ‘Humble’ Siti Nurhaliza, didedahkan Asyraf Khalid

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker