Siapa pula “Boss” dibelakang JhoLow? Siapakah “boss” sebenar Azlin dan Nik Faisal?

Oleh Norzahira

PENGANIAYAAN terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak bukan lagi rahsia namun saki baki orang ‘tangan-tangan ghaib” masih berkuasa bagi memenjarakan beliau. Dalam keadaan tidak berdaya Najib hanya mampu berserah kepada Allah s.w.t bagi memberikan keadilan perbicaraan terhadap beliau dengan melafazkan sumpah laknat terhadap “tangan-tangan ghaib” tersebut.

Kini satu persatu kebenaran mula muncul. Persoalannya, adakah kebenaran tersebut mampu memberikan keadilan perbicaraan kepada Najib? Sebagaimana yang kita tahu, berdasarkan bukti-bukti kukuh terkini, sepatutnya Najib sudah dibebaskan.



Memetik perbicaraan yang sedang berlangsung, Joanna Yu mendedahkan di mahkamah bahawa Nik Faisal memanggil Jho Low sebagai “BOSS”.

Kedua-dua Datuk Azlin dan Nik Faisal dibayar sekurang-kurangnya RM5 juta oleh Jho Low selain dibayar gaji tetap kerajaan ketika kedua-dua mereka bekerja dengan Najib Razak.

Najib telah meminta KSUSnya Datuk Azlin untuk menguruskan akaun bank beliau namun Datuk Azlin pula kemudiannya mengesyorkan dan menyerahkan tugas ini kepada Nik Faisal untuk menguruskan akaun bank Najib.

Anehnya, menurut sumber, hakim Nazlan menulis dalam penghakimannya bahawa tiada bukti sama ada Datuk Azlin atau Nik Faisal pernah mendapat manfaat dari segi kewangan apabila menolak pembelaan bahawa Najib telah diperdayakan tentang status sebenar akaun banknya. Malah Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan menolak permintaan Najib untuk mengemukakan bukti yang menunjukkan Nik Faisal dan Azlin telah menerima bayaran daripada Jho Low yang secara langsung akan membuktikan penghakiman Nazlan ADALAH SALAH.



Pada hari ke-44 perbicaraan SRC International ke atas Najib, bekas pengurus hubungan AmBank Joanna Yu semasa soal balas oleh peguam bela Harvinderjit Singh memberitahu bahawa dia diarah oleh Low dan Nik Faisal untuk tidak mendedahkan nama ahli politik setiap kali dana dimasukkan ke dalam akaunnya.

Keterangan selanjutnya. “Nik Faisal, juga bekas ketua pegawai eksekutif SRC International, adalah orang yang diberi kuasa untuk mengendalikan akaun bank Najib.”

Yu juga memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa dia disuruh memadamkan perbualan di Blackberry Messenger (BBM) miliknya pada 3hb. Mac 2015. Dan telefon saksi pendakwaan ke-54 itu dirampas oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 2015.

Akaun bank Najib diuruskan oleh orang lain tetapi kenapa Najib pula yang dituduh terlibat skandal rasuah, pengubahan wang haram dan sebagainya?



Najib dengan jelas memberitahu bahawa beliau TIDAK TAHU MENAHU aliran wang masuk ke dalam akaunnya.

Secara terang dan nyata, Najib TIDAK TAHU wang RM42 juta tersebut itu masuk ke dalam akaunnya. Ia adalah satu PERANGKAP.

1- Akaun itu diwujudkan bagi menerima duit derma RM2.6b atas nasihat Zeti.
2- Akaun tersebut diurus oleh mereka yang dibayar oleh Jho Low dan “tangan ghaib”.
3- Kemudian “tangan ghaib” masukkan duit dalam akaun tanpa pengetahuan Najib.
4- Najib gunakannya untuk kebajikan sebagaimana kebiasaannya.
5- Kemudian “tangan ghaib” tuduh Najib menyeleweng.

Najib dianiaya. Kini beliau mengharapkan perbicaraan yang adil bagi diri beliau sendiri.

Dan persoalan yang paling penting kini adalah Siapa pula “Boss” dibelakang JhoLow? Siapakah “boss” sebenar Azlin dan Nik Faisal? Jawapan kepada dua soalan ini mampu merungkai persoalan yang telah tergantung selama ini.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker