Duta Besar ke Indonesia: Tajuddin ‘gugur sebelum masak’

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman digugurkan sebagai duta besar Malaysia ke Indonesia, menurut sumber kerajaan.

Sumber itu mengesahkan nama Tajuddin tidak terkandung dalam senarai terbaru penerima watikah pelantikan diplomat ke luar negara daripada Yang di-Pertuan Agong esok.

Menurutnya lagi, kerajaan “berubah hati” mengenai pelantikan Tajuddin.



“Sebab itu nama dia tak dimasukkan dalam senarai utusan terbaharu yang akan terima surat watikah daripada Yang di-Pertuan Agong esok,” katanya kepada FMT.

Bagaimanapun, The Malaysian Insight yang memetik sumber rapat dengan Pejabat Perdana Menteri berkata, pelantikan itu “masih di landasan betul” dan surat watikah hanya ditangguhkan.

Ketika dihubungi, Tajuddin enggan mengulas dan meminta FMT merujuk isu itu kepada Wisma Putra.

“Tiada komen. Tanyalah Kementerian Luar ke, tanya perdana menteri ke, saya mana tahu,” katanya kepada FMT.



FMT sedang menghubungi Menteri Luar, Saifuddin Abdullah dan timbalannya, Kamaruddin Jaffar.

Pelantikan Tajuddin mengundang kritikan daripada pelbagai pihak termasuk bekas diplomat.

Awal bulan ini, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata pihak yang mendesak Tajuddin digugurkan sebagai duta besar ibarat mempertikaikan kuasa Agong, kerana pelantikan beliau sudah diperkenan.

Tajuddin sebelum ini menyifatkan sebahagian kritikan berhubung pelantikannya sebagai “tidak adil”.



“Mereka tidak kenal saya, cuma tahu saya orang tua, sedangkan saya sudah berkhidmat dengan kerajaan, negara dan rakyat lebih 45 tahun lalu, sejak berusia 25 tahun lagi. Tetapi, saya dilayan seolah-olah seperti saya ‘orang tepi jalan’.”

Beberapa pihak dalam Umno turut mendesak Tajuddin digugurkan sebagai duta besar ke Indonesia kerana tindakannya menyerang presiden Ahmad Zahid Hamidi secara terbuka yang disifatkan sebagai “memalukan”.

Dalam sidang medianya sebelum ini, Tajuddin menggesa Zahid berundur daripada jawatan presiden Umno.

Petisyen juga dilancarkan di Change.org untuk menggesa pelantikan Tajuddin sebagai duta besar ke Indonesia dibatalkan, yang mengumpulkan lebih 35,000 tandatangan setakat hari ini.



Pada Mei 2021, Ahli Parlimen kontroversi itu digugurkan daripada jawatannya sebagai pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, beberapa hari selepas sidang medianya yang mendapat kritikan berhubung perlanggaran dua tren LRT.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



 


Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]

Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]

Insiden Wanita Hina Islam, Operasi Kelab Komedi Digantung Sementara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker