Masa tu tengah lapar – Syafiqa Melvin

Masa tu tengah lapar – Syafiqa Melvin

Pengantin baru, Syafiqa Melvin baru-baru ini ada berkongsi mengenai detik perkenalannya bersama suami, Azhar menerusi satu hantaran TikTok.

Juara program realiti Gadis Melayu itu berkongsi mengenai hal demikian ketika sesi Live TikTok dan memaklumkan bahawa suaminya itu tidak kenal langsung siapakah dirinya ketika di awal perkenalan.



Syafiqa mendedahkan bahawa dia ada menjemput suaminya itu ke majlis rumah terbukanya suatu ketika dahulu.

Dia tidak kenal pun saya siapa sebab dia bukan seorang yang aktif bermain sosial media. Kami kenal kat situ. Sehari je mesej untuk berkenalan.

Ada satu hari tu saya buat open house dan saya saja je manis mulut jemput dia. Lepastu dia datang seorang walaupun dia tak kenal saya siapa dia berani datang.

Dalam pada itu, Azhar yang turut berada bersama Syafiqa mengakui niatnya datang ke rumah terbuka itu adalah untuk mengisi perut dan berkenalan dengan isterinya.



Masa tu saya lapar. Bila lapar kita tak fikir benda lain pun. Lepas tu sebab nak kenal dia juga. Lepas tu nampak macam sesuai dan kemudian kami berbincang dan meluahkan hasrat saya untuk berkenalan dan berkahwin.

Syafiqa dan Azhar telah mendirikan rumah tangga pada 24 Disember 2023.

Ini adalah perkahwinan kedua Syafiqa di mana dia pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli politik, Datuk Seri Zainal Abidin Osman pada tahun 2012.

Namun, Zainal kemudiannya meninggal dunia pada tahun 2018 akibat kanser darah. Hasil perkongsian hidup, mereka berdua dikurniakan dua orang cahaya mata.



Masa tu tengah lapar – Syafiqa Melvin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah sudah disunting?



Pelakon biadap, rasa diva sebab ramai followers – Kismah Johari

Muhammad nama paling popular di UK bagi tahun 2023



Aplikasi Al-Inarah menjawab segala kemusykilan agama anda



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker