Barisan Nasional Perlu Kembali Diperkuatkan – Razali Ibrahim

UMNO telah memutuskan untuk bertanding di bawah bendera Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti, dan parti itu perlu mula menyusun langkah dan menggerakkan usaha memperkukuh pakatan.

Jelas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Razali Ibrahim, itu yang perlu menjadi tumpuan utama ketika ini, dan bukannya tentang siapa yang patut memegang jawatan.

“Hari ini kita sudah buat keputusan yang BN akan digunakan sebagai ‘coalition’ untuk berhadapan dalam PRU, tapi kerja-kerja untuk mengukuhkan itu perlu dibuat.

“Kita kena pastikan MCA faham apa kita nak buat.



Tambahnya, isu dalam UMNO juga perlu diselesaikan dahulu dan tidak boleh mengambil ringan dan mengharap MCA dan MIC serta parti komponen lain untuk memahami UMNO dengan sendiri.

Maka segala gerakan dan tawaran kepada rakyat menuju PRU nanti haruslah daripada suara kolektif parti-parti komponen bawah BN dan bukan kehendak UMNO semata-mata.

Pada masa sama, UMNO juga katanya perlu melihat sama ada masih ada ruang untuk menjayakan Muafakat Nasional bersama Pas, memandangkan Pas masih belum memutuskan sama ada mahu terus berganding dengan UMNO atau terus selesa bersama Perikatan Nasional.

Sehingga segalanya sudah disusun rapi dan sedia menuju medan perang, barulah sesuai untuk membangkitkan soal siapakah yang bakal mewakili BN untuk dinamakan sebagai calon Perdana Menteri yang baharu.



“Cuma nak beritahu, dalam tempoh sekarang ini pun sudah ada beberapa model tentang soal siapa calon Perdana Menteri daripada BN sudah diutarakan.

“Hanya Majlis Kerja Tertinggi belum sempat berbincang, namun sudah ada idea-idea ini,” maklumnya.

Halatuju Umno Dan Barisan Nasional



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker