MANDI WAJIB selepas terbit fajar, adakah batal puasa?


Banyak pertanyaan timbul berkait hubungan suami isteri yang dilakukan sebelum sahur kemudian mandi wajib selepas masuk waktu subuh, adakah puasanya dikira sah?

Dalam hal ini menurut pandangan ulama hukum puasanya sah dan tidak batal. Malah tiada halangan untuk mandi selepas masuk waktu subuh dan hukumnya adalah harus. Ini berdasarkan dalil dari Aisyah r.ha. bahawa Nabi s.a.w. bersabda,

“Adalah Rasulullah s.a.w. pernah mendapati fajar telah terbit dan Ketika itu beliau dalam keadaan berjunub setelah bersama dengan isterinya. Kemudian beliau mandi dan berpuasa.” HR Bukhari dan Muslim

Dalam hadis yang lain, Abdurrahman bertanya kepada Aisyah dan Ummu Salamah berkenaan mandi junub selepas fajar. Maka Aisyah dan Ummu Salamah berkata,



“Adalah Nabi s.a.w. dalam keadaan berjunub disebabkan selain dari mimpi, kemudian Baginda s.a.w. meneruskan puasanya.” HR Bukhari & Muslim

Manakala dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah menyebut, sesiapa yang berjunub pada malam hari, kemudian dia berpuasa, maka puasanya sah. Dan tidak ada qada puasa ke atasnya. Inilah pendapat jumhur ulama berdasarkan dua hadis di atas.

Akan tetapi jika dia tetap melakukan hubungan suami isteri dalam waktu puasa, maka batal puasa mereka dan wajib dikenakan kaffarah (denda).

Antara dendanya ialah diwajibkan membebaskan hamba. Kedua perlu berpuasa dua bulan berturut-turut atau ketiga wajib memberi makan kepada fakir miskin seramai 60 orang.



Mimpi basah

Selain itu, bagaimana pula dengan mimpi basah (mimpi sehingga keluar air mani) saat sedang berpuasa, adakah puasanya batal?

Dalam hal ini kita rujuk kepada apa yang dinukilkan dalam kitab al-Muktamad di dalam mazhab as-Syafie,

“Keluar mani dengan sengaja tanpa bersetubuh seperti bercium, onani dengan tangannya, atau dengan tangan isterinya, atau onani dengan sentuhan kerana ia dikira sebagai inzal (terpancutnya mani) dengan cara mubasyarah (berseronok dengan sentuhan tanpa lapik)



Ada pun jika mani keluar dengan cara tidak sengaja (bukan disebabkan perkara-perkara di atas atau dengan bermesraan) maka hal tersebut tidak membatalkan puasa.

Begitu juga jika dia melihat dengan matanya walau pun diulang-ulang penglihatan tersebut tanpa bersentuhan, atau berfikir dalam hatinya tanpa bersentuhan lalu inzal (terpancut atau keluar mani), maka hal ini tidak membatalkan puasa kerana tidak berlakunya mubasyarah.

Selain itu, hal ini sama juga bagi sesiapa yang bermimpi pada siang hari Ramadan maka tidak membatalkan puasa secara ijma’ (ulama) kerana perkara ini di luar kawalannya”

Apa yang perlu dilakukan hanyalah bersegera mandi junub dan teruskan berpuasa sehingga masuk azan maghrib.



Terkait dengan mandi junub, syarat puasa itu berbeza dengan syarat solat. Jika solat memerlukan syarat berupa kesucian dari hadas kecil dan besar, maka puasa tidak memerlukan kedua syarat tersebut untuk dipenuhi. Wallahu a’lam

Tiga dimensi hikmah puasa Ramadhan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker