Kenyataan MB Perlis berkenaan anaknya ditangkap SPRM

Kenyataan MB Perlis berkenaan anaknya ditangkap SPRM

Menteri Besar Perlis Shukri Ramli menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan susulan penahanan reman anaknya berhubung pemalsuan dokumen hari ini.

“Saya serah pada budi bicara mereka,” katanya kepada pemberita di pekarangan Kompleks DUN Perlis, lapor Utusan Malaysia.



Terdahulu dilaporkan anak kepada seorang menteri besar antara enam individu direman SPRM bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen tuntutan membabitkan jumlah RM600,000.

Memetik sumber, perintah reman turut dikenakan ke atas pegawai kanan pejabat menteri besar.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor selepas tertuduh dibawa ke mahkamah pada 8.45 pagi tadi.

Suspek ditahan berusia antara 27 hingga 37 tahun dan dikatakan dikehendaki membantu siasatan berhubung pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaik pulih, menyelenggara, perbekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022. FMT



Kenyataan MB Perlis berkenaan anaknya ditangkap SPRM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fatia Latiff kena bahan lagi lepas ‘upload’ gambar ini



‘Alamak Raya Lagi’ versi tauke babi panggang raih 1.6 juta tontonan (Video)

Penebar roti canai dicari dengan gaji RM5,000 sebulan



Ruhainies tipu kata nak berundur – Kekasih Aliff Aziz



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker