Pesawat terpaksa mendarat selepas penumpang meninggal dunia

Sebuah pesawat dari syarikat sewa Mesir AMC Airlines terpaksa melakukan pendaratan tidak dirancang di sini pada Isnin, kerana kecemasan perubatan.

Seorang penumpang meninggal dunia di dalam pesawat ketika dalam penerbangan dari Mesir ke Sepanyol, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pesawat itu singgah di lapangan terbang di Palma untuk menurunkan penumpang berkenaan, kata pihak berkuasa. Pengendali lapangan terbang Sepanyol Aena mengesahkan maklumat itu.



Pesawat Boeing 737 itu dalam perjalanan dari Kaherah ke Madrid apabila seorang lelaki Portugal berusia 67 tahun meninggal dunia di dalam pesawat atas sebab yang tidak diketahui, menurut laporan media tempatan.

Penumpang yang lain dibenarkan menaiki semula pesawat dan meneruskan perjalanan ke Madrid, menurut Aena.

Bedah siasat akan dijalankan untuk mengenal pasti punca kematian lelaki itu

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Korang punca, semua rahsia dalam poket aku” – Ramli MS



PU Abu cerai 2 isterinya

Janna Nick dan Izzue Islam dikritik perlekeh GV10



Sarimah tegur pengacara mana tu?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker