Progam Semarak Subuh bermula Jumaat ini di Johor

Progam Semarak Subuh bermula Jumaat ini di Johor

JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor akan melancarkan Program Semarak Subuh di setiap masjid dan surau bermula Jumaat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, inisiatif itu melibatkan 838 masjid dan 1,942 surau di seluruh negeri pada setiap subuh Jumaat sepanjang tahun ini.



“Program itu juga akan diziarahi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Johor (atau wakilnya bagi yang bukan beragama Islam) bersama-sama kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri Johor, mengikut lokaliti dan zon masing-masing.

“Ini termasuklah pentadbiran kerajaan negeri di peringkat daerah dan juga mukim,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya, hari ini.

Mohd Fared turut menyeru kepada seluruh Bangsa Johor yang beragama Islam agar hadir beramai-ramai untuk sama-sama mengimarahkan masjid dan surau dengan pelbagai aktiviti kerohanian, selain program berkenaan.

Program Semarak Subuh merupakan inisiatif Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang menyasarkan pelaksanaannya di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri Johor dengan peruntukan berjumlah RM560,000. Awani



Progam Semarak Subuh bermula Jumaat ini di Johor

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf



Suami isteri merupakan guru dan doktor ditemui mati di kondominium

Suami tak sedar diri ambil harta saya beri perempuan lain – Hajar (Video)



Pak belang muncul di Jalan Kuala Balah-Dabong



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker