3,733 jangkitan baru, rekod 26 kematian, 416 di ICU

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 3,733 kes Covid-19 baru hari ini, sedikit penurunan selepas dua hari melebihi 4,000 kes.

Sebanyak 26 kematian turut dilaporkan. Angka itu merupakan yang tertinggi pernah dicatatkan. Rekod tertinggi terakhir adalah pada 18 Feb lalu dengan 25 kematian.

Begitu juga unit rawatan rapi (ICU) menyaksikan jumlah pesakit tertinggi pernah direkodkan iaitu sebanyak 416.



Kes aktif: 37,060
Pesakit di ICU: 416
Memerlukan bantuan pernafasan: 216

Selangor terus mencatatkan kes empat digit. Lapan negeri lain mencatatkan kes tiga digit.

Negeri Sembilan mencatatkan 205 kes baru. Ini adalah kali pertama negeri ini mencatat lebih daripada 200 kes sejak 24 Februari.

Juga perlu diperhatikan ialah Pahang yang mencatatkan 100 jangkitan baru, pertama kali mencatat kenaikan tiga angka sejak 14 Januari.



Kuantan, Pahang akan diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 mulai esok.

Kematian

Dari 26 kematian baru hari ini, majoriti adalah di Lembah Klang dengan tujuh di Selangor dan enam di Kuala Lumpur.

Kes kematian lain adalah di Johor (4), Kelantan (3), Pahang (3), Pulau Pinang (2) dan Sarawak (1).



Korban terbaru ini berusia antara 36 hingga 90 tahun.

Kes baru berdasarkan negeri:

Selangor (1278)
Sarawak (454)
Johor (365)
Kuala Lumpur (338)
Pulau Pinang (280)
Kelantan (254)
Negeri Sembilan (205)
Kedah (176)
Pahang (100)
Perak (80)
Melaka (66)
Sabah (61)
Terengganu (49)
Putrajaya (20)
Labuan (6)
Perlis (1)

Kluster



Sebanyak 436 daripada 1,788 kluster masih aktif. Ini bermakna kluster aktif ketika ini 40 lebih banyak berbanding minggu lalu.

Ini termasuk 13 kluster baru yang dilaporkan hari ini.

Perincian kluster baru adalah seperti berikut:

Jalan Satu
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Gombak
Jumlah yang dijangkiti: 16 daripada 87 disaring



Lorong Tiung
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Kuala Langat dan Klang
Jumlah yang dijangkiti: 25 daripada 150 disaring

Kawasan Industri Dua
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Johor
Daerah: Muar
Jumlah yang dijangkiti: 100 daripada 124 disaring

Tapak Bina Jalan Tun Hussein Onn
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Pulau Pinang
Daerah: Seberang Perai Tengah
Jumlah yang dijangkiti: 51 daripada 276 disaring

Kopitiam Kampung Selamat
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Pulau Pinang
Daerah: Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah
Jumlah yang dijangkiti: 19 daripada 65 disaring



Jalan Stadium Negeri
Kategori: Komuniti
Negeri: Sarawak
Daerah: Kuching, Samarahan dan Serian
Jumlah yang dijangkiti: 17 daripada 55 disaring

Tebedu Mawang
Kategori: Komuniti
Negeri: Sarawak
Daerah: Tebedu
Jumlah yang dijangkiti: 21 daripada 107 disaring

Sri Tualang
Kategori: Komuniti
Negeri: Kelantan
Daerah: Pasir Mas
Jumlah yang dijangkiti: 27 daripada 90 disaring

Jalan L Sungai Behrang
Kategori: Komuniti
Negeri: Perak
Daerah: Muallim
Jumlah yang dijangkiti: 17 daripada 28 disaring

Lak Lok
Kategori: Komuniti
Negeri: Terengganu dan Kelantan
Daerah: Besut dan Kota Bharu
Jumlah yang dijangkiti: 26 daripada 115 disaring

Jalan Haji Mahmud
Kategori: Acara keagamaan
Negeri: Johor
Daerah: Johor Bahru dan Kota Tinggi
Jumlah yang dijangkiti: 14 daripada 141 disaring

Tanah Merah
Kategori: Acara keagamaan
Negeri: Negeri Sembilan
Daerah: Port Dickson dan Seremban
Jumlah yang dijangkiti: 41 daripada 151 disaring

Desa Murni
Kategori: Institusi pendidikan swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan
Negeri: Pulau Pinang
Daerah: Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah
Jumlah yang dijangkiti: 29 daripada 98 disaring

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker