PKP 3.0: Ini nasihat Najib kepada Kerajaan PN



Sebaran :

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak mencadangkan supaya cukai durian runtuh bagi minyak sawit dinaikkan daripada 3% kepada 6% untuk menambah hasil kerajaan.

Katanya, dana diperolehi daripada kenaikan cukai itu boleh digunakan pula untuk melakukan saringan besar-besaran secara percuma di kawasan di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP), katanya.

Dengan harga terkini pada kadar RM4,700 setan, Najib berkata peningkatan 3% itu mampu menggandakan kutipan cukai kerajaan kepada RM2.4 bilion.



Putrajaya dilaporkan memperoleh RM300 juta pada suku pertama 2021, iaitu sekitar RM1.2 bilion setahun jika harga sawit kekal tinggi, katanya.

Serang pos kawalan di Gerik, bekas tentera mati ditembak

Menurutnya, kenaikan cukai ke 3% atau RM282 setan tidak akan memberi impak besar terhadap pengeluar minyak sawit, memandangkan harga RM4,700 setan sekarang adalah jauh lebih tinggi berbanding kos pengeluaran sekitar RM1,800 setan.

“Sebab itu, saya cadang cukai durian runtuh dinaikkan daripada 3% ke 6% dan ini akan naikkan kutipan cukai durian runtuh daripada RM1.2 bilion ke RM2.4 bilion,” katanya di Facebook.



Najib berkata, RM300 juta daripada jumlah itu boleh digunakan untuk saringan percuma besar-besaran bagi 2.5 juta individu di kawasan di bawah PKP.

“Baki RM900 juta boleh digunakan sebagai subsidi dedak ayam, selagi harga sawit tinggi, untuk pastikan harga ayam tak melonjak naik semula,” katanya.

 

Tiga tahun PPBM menjadi kerajaan dan Perdana Menteri


Sebaran :


Leave a Reply